Nuffnang Ads

Friday 23 September 2011

Set B (Tambah Tenaga dan Tambah Susu)

Set B

Vita-Lea Iron Formula (Multivitamin)
  1. Mengandungi 12 vitamin dan 9 mineral penting yang lengkap untuk keperluan tubuh seharian
  2. Membantu meningkatkan kecerdasan minda dan sistem imuniti badan
  3. Memulihkan selera makan dan melancarkan process pencernaan
  4. Penting bagi prosess pertumbuhan
  5. Menyeimbangkan hormon dan bahan kimia dalam badan
  6. Melengkapkan nutrient yang kurang
  7. Membantu penyerapan zat dari makanan
Vitamin C
  1. Membantu dalam meningkatkan imuniti badan
  2. Membantu dalam penyerapan zat besi
  3. Membantu dalam proses pemulihan sel, seperti luka
  4. Membina kolagen untuk menguatkan dan menyegahkan tisu dalam badan
  5. Menjaga ketahanan badan dari selsema
  6. Menstabilkan bahan kimia dalam badan
B Complex
  1. Menukarkan gula dalam darah kepada tenaga
  2. Mencegah kelesuan dan kemurungan kelesuan dan kemurungan
  3. Membantu kelancaran urat saraf
  4. Mengelakkan stress
  5. Mengelakkan sembelit
Alfalfa (Milk Booster)

Raja Segala Tumbuhan, sumber mikronutrion yang paling kaya, membuatkan sistem badan berjalan lancar, sebagai milk booster-bagi ibu-ibu yang menyusukan, membantu dalam hal kewanitaan termasuklah menyelesaikan masalah keputihan.
*tidak boleh diambil oleh pesakit SLE dan mereka yang alergi terhadap alfalfa


Set B ini khusus untuk ibu-ibu yang menyusu yang menghadapi masalah kesihatan seperti kelenguhan, stress, keletihan, kurang bertenaga, wajah kelihatan kusam, masalah sembelit, darah tinggi, anemia, mudah pitam, mudah kalut, mudah panas baran yang mana semua ini akan mempengaruhi penghasilan susu ibu. Selain ianya memperbaiki kualiti kesihatan kita set ini juga didatangkan dengan alfafa yang mana ia membantu mempercepatkan penghasilan susu kerana alfafa mengandungi protein. Pengambilan protein amatlah penting di dalam penyusuan kerana telah terbukti ia mempercepatkan pengeluaran susu badan di mana ada sesetengah ibu cepat mengalami bengkak susu. Alfafa juga membantu memekatkan susu badan kita walaupun tiada kajian atau bukti saintifik yang di buat tetapi di atas pengalaman saya menyusukan Aisyah yang kini telah pun berusia 2 tahun di mana perbezaan amatlah ketara bagi ibu yang belum pernah ambil set B dan pernah mengambil set B. Melalui testimoni-testimoni daripada ibu yang mengambil saya juga membuktikan alfafa mempengaruhi kepekatan susu badan di mana bayi mudah kenyang dan minum sedikit TETAPI kenaikan berat badan adalah KONSISTEN.

Bagi ibu-ibu di luar sana yang ingin mencuba set B pastikan juga rutin mengepam diteruskan dengan konsisten. Jika ada dikalangan ibu-ibu menghadapi masalah kekurangan susu pastikan sesi mengepam ditambah dan tambahkan kekerapan direct feeding. Pengambilan set B adalah salah satu usaha sahaja dan tanpa jadual pam yang konsisten atapun kurangnya direct feeding penghasilan susu tidak akan bertambah. Prinsip asas penyusuan ialah lebih kerap payudara dikosongkan lebih banyak susu baru akan dihasilkan. Pastikan ibu-ibu mengikuti 3 saranan kami ini iaitu;
  1. Pengosongan payudara 3 jam sekali
  2. Pengambilan air masak 3 liter
  3. Jangan lupa berdoa - manusia yang tidak berdoa adalah manusia yang sombong kepada Allah
Good luck dan sama-samalah kita memartabatkan penyusuan susu ibu

credit to Along

No comments:

Nuffnang Ads

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...