Nuffnang Ads

Showing posts with label Set B (Breastfeeding). Show all posts
Showing posts with label Set B (Breastfeeding). Show all posts

Friday, 18 November 2011

Testimoni~Kalsium (Ostematrix) dan Protien (ESP) Asas Kepada Penghasilan Susu

Syukur kepada Allah.. Semakin ramai ibu-ibu yang menyusukan anak mendapat manfaat setelah mengambil ESP dan anda boleh tambah Ostematrix (kalsium) jika mengalami masalah susu drop semasa period.


Tahukah anda kalsium (ostematrix) dan protien (ESP) adalah asas kepada penghasilan susu? Jadi bagi ibu-ibu yang menyusukan anak, ambil lah makanan yang mempunyai protien dan jugak kalsium ok.

Jum dengar apa kata ibu ini.



Alhamdulillah smgu gunakan set b+esp dh bole buat stok ebm tok amani..b4 dis pam hari ni utk bekalan amani ke bs tok esoknye..amazing arini bru sekali pump di ofis dpt 8oz. Alhamdullillah

Tahukah anda kalsium (ostematrix) dan protien (ESP) adalah asas kepada penghasilan susu? Jadi bagi ibu-ibu yang menyusukan anak, ambil lah makanan yang mempunyai protien dan jugak kalsium ok.

Namun harus diingat Konsep Penyusuan (Supply on Demand) harus di buat yer. Jangan harapkan dengan milk booster semata-mata :)

credit


Dapatkan promosi Vitamin E dari saya sekarang!

Monday, 14 November 2011

Kesan sampingan yang perlu kita tahu bila consume vitamin Shaklee

بسم الله الرحمن الرحيم



KESAN UTAMA setelah mengambil vitamin Shaklee ini ialah :


1.Badan rasa lebih bertenaga kecuali mereka yang kurang air maka badan akan menjadi semakin letih.


2.Perasaan yang gembira dan mood yang lebih stabil.


3.Badan tidak mudah rasa lesu dan letih.


4.Sentiasa rasa bersemangat.


5.Fikiran lebih positif.


6.Tidak mudah stress dan mudah menangani masalah dengan baik dan tenang.


7.Kita tidak akan mengalami kurang darah dan tekanan darah lebih stabil.


8.Membantu melancarkan sistem perkumuhan dengan lebih lancar terutama apabila consume cukup air dalam sehari.


9.Badan mempunyai sistem imun yang tinggi dan mudah recover jika sakit.


Maka kerana kesan utama inilah ramai wanita yang dulunya makan Shaklee hanya untuk tujuan penyusuan kini masih meneruskan makan vitamin Shaklee kerana merasa kelebihan dan kebaikkan walau sudah tidak menyusu lagi.


Namun sesuatu yang telah buat ibu sedar, rupa-rupanya terdapat KESAN SAMPINGAN bila makan vitamin ini terutama bagi ibu yang menyusu kerana ramai TESTIMONI yang menulis dan ianya diakui oleh ramai ibu yang mengamalkan set B Shaklee ini antaranya ialah :

1.Susuibu menjadi lebih pekat.
2.Susu berubah menjadi lebih kekuningan atau sedikit kehijauan
3.Penghasilan susu mula menampakkan peningkatan terutama apabila kerap menyusukan bayi mahupun sesi perahan yang konsisten sehingga payudara kosong.
4.Payudara mudah rasa bengkak terutama apabila si ibu tidak skip makan dan membuat perahan @ direct feeding sehingga payudara benar2 kosong SECARA KONSISTEN.

 Ada yang bertanya, penting ke SUSUIBU PEKAT atau CAIR?


Susu pekat atau tidak : ia balik kepada kepuasan individu (si ibu). Khasiat susu ibu mmg terbaik. Cuma nasi kalau makan berlauk lagi sedap dari di makan begitu sahaja. Jika mampu then amik supplement, jika ada kekangan dan rasa tak perlu, tak perlu amik pun tiada masalah.

setiap individu punya taste yang berbeza. Ada org suka minum sbg cth milo yang cair, tetapi tidak kurang juga ada yg suka minum milo yg pekat.Hakikatnya ia tetap milo dan tidak berubah menjadi air sirap..... Sama dengan susuibu.


Pemakanan atau fokus pengambilan supplement bukanlah utk memekatkan susu tetapi membantu tubuh ibu... untuk sustained iaitu kekal bertenaga, ceria, mood yang stabil namun secara tidak langsung kesan vit membuatkan susu menjadi lebih pekat. sekali lagi dimaklumkan susu pekat bukan fokus utama pengambilan vit tetapi kesan lain selain membantu si ibu sustained. Bagi working mom yang punyai jadual makanan tak teratur mmg digalakkan amik supplement supaya badan tak mudah penat, tak mudah stress and etc. Supplement ada byk, tidak semestinya Shaklee namun dapatkan yang tiada pewarna, tiada perasa tambahan supaya badan menyerap vit dengan sepenuhnya dan lebih baik. Walau bagaimanapun yg punyai kekangan cuba dptkan dr klinik kerajaan.

Namun bagi yang TIDAK menyusukan anaknya ,mereka tidak akan mempunyai kesan sampingan ini sekiranya mereka consume semua vitamin dalam set B.




Sekadar maklumat tambahan


Apakah kepentingan setiap vitamin ini sebenarnya?


a) Vita-Lea Iron Formula/multivitamin


Dilengkapi dengan 12 vitamin, 7 galian dan zat besi. Kebiasaannya, sekitar usia anak mencecah 6 bulan, kita di syorkan untuk memperbanyakkan sumber zat besi ke dalam makanan anak...contoh terbaik ialah ikan bilis dan bagi ibu menyusu multivitamin atau nama lain vitalea telah di lengkapi dengan iron bagi membantu pembesaran anak dengan lebih baik lg...Ada sesetengah doktor menasihatkan agar ibu yang menyusu perlu memastikan pengambilan zat besi dalam menu harian agar si ibu tidak mudah pitam atau pening selepas memerah mahupun menyusukan anak. Zat besi sangat penting dalam pembentukan sel darah merah. Walaubagaimanapun multivitamin beserta formula zat besi ini tidak disarankan diambil dengan minuman susu kerana ianya akan mengurangkan efisiensi penyerapan zat besi oleh badan.



b) B Complex


Sangat penting dalam membantu memetabolismekan karbohidrat, lemak & protein, Anti stress (sebagai penenang), Membantu meninggikan sistem pertahanan badan, menukarkan makanan(glukos) kepada tenaga dan membantu ibu2 berfikiran positif sentiasa(mood baik..)...so, bila kurangnya stress dan mood happy, secara automatik penghasilan susu akan lebih lancar. Pengambilan pil perancang memerlukan pengambilan b complex yang konsisten kerana pengambilan pil perancang memusnahkan zat vitamin B yang sedia ada di dalam badan si ibu.


Vitamin B juga dapat melahirkan wajah ibu yang cantik berseri dan tidak kusam.



c) Vitamin C


Sangat penting untuk menjaga salur darah, sebagai antioksidan dan membantu meningkatkan antibodi ibu dan pengambilan Vitamin C membantu meningkatkan kandungan antibodi di dalam susuibu untuk anak yang sedang menyusu. So, sekiranya anda atau baby demam, cuma tingkatkan pengambilan vit c ke 2 biji sehari ...dan bagi ibu2 yg menghadapi puting melecet/luka/berdarah,insya allah akan mudah sembuh...satu lg kesannya kulit makin bersih, cerah & cantik. Vitamin C membantu pembentukan kolagen dengan lebih baik.



d) Alfalfa


Merupakan supplement penting utk boost penghasilan susu kerana mempunyai 1001 khasiat. Turut membantu dalam memekatkan susu dan menjadikan susu ibu lebih lemak berkrim.Namun pengambilan dan keberkesanan pada setiap ibu adalah berbeza. Ada yang hanya mengambil 2 biji sehari telah mempercepatkan proses penghasilan susu sehingga mengalami bengkak susu namun tidak kurang juga yang memerlukan 4 atau 6 biji sehari bagi membantu badan stimulate untuk menghasilkan susu dengan lebih cepat.Turut membantu perkumuhan (lebih lawas)dan membuang angin dalam badan...secara automatik kesan baik pd bby..susah nak kena kembung.


Bagi yang tidak menyusukan bayi, Alfalfa yang dikenali sebagai raja tumbuh2an ini mempunyai banyak khasiat kesihatan. Ianya dikatakan banyak membantu meningkatkan kelancaran proses perkumuhan dan bagus untuk buah pinggang. Ianya juga adalah dalam kategori fiber dan mengenyangkan. Pengambilan Alfalfa memerlukan pengambilan air yang seimbang dengan pengambilan kuantiti alfalfa. The more we take the more we have to drink.





Shaklee tidak membanyakkan susu. Shaklee Alfalfa membantu penghasilan susu dengan lebih cepat namun ibu yang menyusu perlu tahu, untuk meningkatkan penghasilan susuibu...3 perkara utama iniiaitu perah dengan konsisten sehingga payudara benar2 kosong, minum 3 L air sehari (biar sedikit2 tetapi berterusan) dan doa yang berterusan.

Credit

Saturday, 15 October 2011

Perlu Milk Booster atau Tidak?

بسم الله الرحمن الرحيمAda segelintir ibu bangga kerana dapat menyusukan anaknya tanpa pengambilan apa2 vitamin atau supplement yang kini dipanggil booster.
Secara peribadi saya berpendapat, sekiranya si ibu itu punya kehidupan yang sihat, cara hidup yang sihat ditambah pengambilan makanan yang sangat sempurna dan mengikut piramid makanan, memang tak perlu amik vitamin malah booster sekalipun.

Namun perlu kita ketahui juga, ibu-ibu yang mengambil vitamin atau booster hakikatnya bukanlah nak banyakkan susu semata-mata. Setiap orang ada kekangan masing-masing. Hanya kita yang tahu menilai keadaan diri kita.
Bagi ibu yang menyusu perlu tahu perkara asas ini :
Supply susu insyaALLAH sustained jika si ibu :
Konsisten mengepam atau menyusukan anak dengan kerap,
Badan ibu sentiasa bertenaga,
Ibu bebas dari stress dan mood swing
Ibu jaga pemakanan dan pastikan pengambilan makanan membantu menghasilkan nutrisi untuk si kecil. Anak membesar sihat, ibu lebih bersemangat!
.
Ibu yang perlukan booster ialah ibu yang sering keletihan, mood swing, makanan tak teratur...
Bila letih, sifat malas melanda,
Bila stress, mood swing...emosi tak stabil...hidup pun jadi tak keruan, jadual pam entah ke mana.
Makan tak teratur, sedikit sebanyak menjejaskan nutrisi dalam susuibu, paling ketara apabila doktor tegur berat anak tak mencapai tahap ideal....ibu mudah down....

Hakikatnya, ada ibu yang amik booster bukan lah nak banyakkan susupun, tetapi untuk kesihatan diri di kemudian hari.

Bila ibu sihat dan sejahtera, semua urusan keluarga dapat dilakukan dengan jaya sekali. Bukan kuantiti yang kita harus kejarkan, tapi kandungan nutrisi perlu diutamakan.

Susu formula hari ni berebut2 buat formula hebat, letak mcm2 vitamin dan keperluan bayi...bukan sekadar untuk imuniti tubuh si kecil tetapi pembesaran dan perkembangan otak anak. Maka bagi ibu yang menyusu, jagalah pemakanan supaya apa yang kita salurkan adalah yang terbaik! InsyaALLAH.

So tanya diri kita, adakah kita hanya nak cukupkan syarat dengan menyusukan anak dengan susuibu tetapi dalam realiti sebenar keadaan kita sering penat, senang marah-marah, dingin dengan suami , muka nampak lebih tua dari usia?

Saya ada kawan ....ibu ini menyusukan anaknya tetapi mudah mengamuk, marah suami sebab diri sendiri penat yang melampau, sering sakit belakang dan sakit gigi....so adakah ini sihat? Alangkah baik jika amik booster atau nama lainnya vitamin?

Credit

Sekadar renungan bersama :-


Hati anak dan jiwanya sangat bersih. Apa yang kita beri akan mencorakkan hati dan jiwanya. Jika hati dan jiwa si ibu yang menyusukan itu bergolak dan tidak sejahtera, adakah jiwa dan hati anak yang terbentuk tadi akan tenang? Hakikatnya jiwa dan hati itu lah yang akan terhasil apabila anak membesar kelak iaitu sering marah, mengeluh dan memberontak. Oleh kerana itu, ibu yang menyusu perlu tenang, sabar, ceria dan bertenaga supaya hati dan jiwa anak susuan tadi juga terbentuk dengan baik. Renung-renungkan.

Mahu mencuba vitamin Shaklee?
Boleh email saya di yummirza@gmail.com atau sms kan kepada saya 012-7247082

Thursday, 6 October 2011

Set Penyusuan Shaklee Yang Sesuai Untuk Anda

بسم الله الرحمن الرحيم

Ramai yang bertanya..Yang mana satu sesuai untuk mereka? Macam ada banyak Set Breastfeeding Shaklee..

Set Breastfeeding terdiri daripada 3 set iaitu:

 
1. Set B
2. Set E
3. Set 3M

secara ringkas saya jelaskan,
 
 
  
Set B
Set B ialah untuk ibu yang tiada masalah penyusuan. Ianya lebih untuk memperkayakan susuibu dengan zat dan nutrisi semata-mata. Apa yang ada dalam set B ? Vitalea with iron formula, Vitamin B, Vitamin C dan Alfalfa. Memang khas untuk mereka yang tiada masalah penyusuan. Vitamin B lebih kepada keperluan pertumbuhan otak dan emosi, Vitamin C fokus on imun sistem, Vitalea demi pertumbuhan dan pembesaran secara lengkap dan menyeluruh manakala Alfalfa sebagai peransang demi membantu mempercepatkan penghasilan susuibu disamping membantu mengurangkan masalah eczema sekiranya si bayi mengalami masalah tersebut.


Set E
Set E lebih kepada ibu yang ada kekangan untuk lengkapkan keperluan kalsium dalam diet harian. Kalsium Shaklee lebih dikenali dengan nama Ostematrix adalah formula lengkap kalsium, magnesium dan vitamin D. Set E ialah set B ditambah dengan ostematrix.
Siapa yang perlu set ini? Ibu yang mengalami kemerunduman susu setiap kali PMS. Selain itu set ini membantu si ibu cergas, bertenaga walau kurang tidur selain diperlukan untuk tulang bayi serta pembentukan gigi si kecil. Walaubagaimanapun, set B + ESP juga sangat bagus diamalkan sekiranya si ibu punya masalah penghasilan susu yang lambat serta bayi mudah lapar.
 

 
Set 3M
Set ini mengandungi Set B , ESP dan Ostematrix. Siapa yang perlu amik set ini?
Set ini digalakkan kepada ibu yang ada masalah penyusuan,
si ibu yang nak mula menyimpan stok,
si ibu yang mahukan anaknya mudah lena waktu malam dan
ibu yang sedang relaktasi atau induce lactation.
Masalah penyusuan yang dimaksudkan ialah, si ibu menghadapi masalah penghasilan susu walau telah melakukan perahan setiap 2 jam dan minum air sekurang-kurangnya 3L sehari... maka set ini membantu membaiki mana-mana kekurangan atau lohong zat yang diperlukan oleh badan agar tubuh si ibu dapat berfungsi dengan baik sekali.
 Sila dapatkan khidmat konsultasi sebelum anda membeli mana-mana set di atas. Pastikan anda mendapat ilmu dan maklumat yang selengkapnya sebelum membeli.
Credit to Mama Arissa & Ibu Addinnasa
 
Mahu mencuba vitamin Shaklee? Kami menyediakan trial pack Shaklee untuk 30 hari consume dengan harga serendah RM70~RM100 per set dan free delivery. Boleh email saya di yummirza@gmail.com atau sms kan kepada saya 012-7247082 atau boleh guna ID saya 852457 di mana2 branch Shaklee berdekatan.
 

Monday, 19 September 2011

Dulu dapat 3 store feed, sekarang dapat 6 feed in advance!

Ramai ibu yang masih consufe set mana yang nak dicuba
Jom baca info ringkasan dari Kak Long .....

Set Minima

Euphoria Breastfeeding Set [ set B]




Set Medium ialah
1.Euphoria Breastfeeding Set + ESP atau
2.Euphoria Breastfeeding Set + Ostematrix






Set Optimum
Set Tripple M


Harga memang berbeza, namun memadai saya katakan , sekiranya pengambilan set Medium juga banyak membantu.

Antara testi menarik untuk di kongsi:


Ini bukan mustahil.Sekiranya anda mengikut tips yang saya berikan....insyaALLAH anda juga boleh dapat hasil begini :)

Mahu mencuba vitamin Shaklee? Kami menyediakan trial pack Shaklee untuk 30 hari consume dengan harga serendah RM70~RM100 per set dan free delivery. Boleh email saya di yummirza@gmail.com atau sms kan kepada saya 012-7247082 atau boleh guna ID saya 852457 di mana2 branch Shaklee berdekatan.


Nuffnang Ads

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...