Nuffnang Ads

Showing posts with label Vita-Lea. Show all posts
Showing posts with label Vita-Lea. Show all posts

Thursday, 22 December 2011

LOW HB KETIKA HAMIL...BOLEH MEMBAWA MAUT

بسم الله الرحمن الرحيم




credit to MommaMia

Kurang darah ialah keadaan di mana kepekatan darah merah adalah kurang daripada biasa. Dalam istilah perubatan, seorang yang mengidap kurang darah mempunyai kepekatan darah merah kurang dari 9 gm peratus hemoglobin


Punca kurang darah:
Ada beberapa sebab yang boleh menyebabkan berlakunya keadaan itu. Antaranya ialah :-

  • Kurang memakan makanan mengandungi zat besi  
  • Ibu yang kerap bersalin  
  • Jangkitan cacing  
  • Pendarahan dari faraj atau buasir  
  • Lain-lain penyakit seperti jangkitan saluran kencing, penyakit limpa, demam malaria dan penyakit barah.
Bagaimana mengetahui anda menghidap kurang darah?
Tanda - tanda yang biasa dirasa/dialami ialah:

  • Kelihatan pucat  
  • Sentiasa rasa letih lesu  
  • Rasa mahu pitam bila bangun  
  • Sentiasa rasa pening  
  • Bengkak kaki dan muka  
  • Kebas kaki dan tangan  
  • Rasa mengah dan hati berdebardebar  
Bagaimana kurang darah boleh dikesan?

Keadaan ini dapat dikesan awal jika datang klinik untuk pemeriksaan sebaik sahaja mengetahui yang diri anda mengandung. Semasa pemeriksaan, jururawat akan mengambil sedikit darah untuk ujian. Jika keputusan ujian ini menunjukkan kepekatan darah merah anda kurang dari 9 gm peratus , anda dianggap mengalami kurang darah. Kesan bila dipandang remeh:
Anda mungkin mengalami keguguran 
  • Melahirkan anak tidak cukup bulan  
  • Anak mati dalam perut  
  • Melahirkan anak yang tidak cukup berat badan  
  • Anda mudah mendapat jangkitan penyakit  
  • Keluaran susu badan akan berkurangan  
  • Mudah mendapat penyakit lemah jantung  
  • Mudah mengalami tumpah darah selepas bersalin  
  • Kesemua akibat-akibat tersebut mengancam kesihatan dan kesejahteraan ibu serta kandungan dan boleh membawa MAUT

Cara Atasi:

  • Menjaga kebersihan diri 
  • Makan makanan yang berzat setiap hari seperti sayur-sayuran hijau, biji-bijian, telur, ikan basah, daging hati, kerang dan tauhu  
  • Rehat dengan cukup  
  • Dapatkan rawatan awal dari klinik yang terdekat apabila mengalami tanda-tanda kurang darah.  
  • Makan ubat yang diberi sebagaimana yang dinasihatkan
________________________________________________

Dari segi makanan tambahan, Shaklee mengesyorkan pengambilan Vitalea utk mengatasi Hb rendah... berikut testimoni yang mengamalkan Vitalea..



Shaklee BERBEZA sebab...


  • Vitalea mempunyai patented Sistem Penyerapan Bioaktif utk memastikan peningkatan penyerapan asid folid kritikal.  
  • memberi 28 Jenis Vitamin yang penting dalam satu rumusan yg seimbang.  
  • menguatkan fungsi otak  
  • membantu proses metabolisme dgn vitamin2 B yg lebih seimbang  
  • ambillah bersama Vitamin C bagi meningkatkan kadar penyerapan iron dalam tubuh.


Wednesday, 23 November 2011

Set Berpantang Yang Memberi Tenaga & Selamat...

بسم الله الرحمن الرحيم

Jom kita baca apa komen collegues sy ms kt UTM dlu..Pn Diana aka Donut….beliau consume Set Confinement Shaklee dan nyatakan perbezaan antara berpantang ketiga-tiga anak beliau..thanks donut!!!


apa kelebihan SET C?

saya taknak compare dengan set bersalin yang lain sebab penerimaan tubuh antara individu tak sama. cuma, saya nak nyatakan di sini ialah,set berpantang ini selamat diamalkan sebab ia terdiri daripada bahan-bahan semulajadi yang tidak bersifat 'panas'. yelah.. makan vitamin kan? apa yang 'panas'nya? so, if baby korang kena jaundicepun, still boleh carry on makan suplemen dalam SET C ni.

satu lagi, harganya sangat murah, untuk 4 jenis suplemen, kegunaan 40 hari. cara makan pun senang, sebiji sehari untuk setiap jenis, kecuali alfalfa dan ESP (if korang ambil).

lagi satu, untuk ibu-ibu yang menyusukan anak. eloklah ambil SET C ni. korang boleh sambung makan sampai bila-bila. badan pun rasa sihat, makin cantik dan anak pun sama dapat benefit.



apa kandungan SET C ni?

• 40 tabs of Vita-Lea - bersama Iron formula yang sgt penting utk tubuh selepas bersalin


• 40 tabs of B Complex - elak kemurungan, anti-stress, stabilkan hormon


• 40 tabs of Vita-C - membantu memperbaiki tisu sel, mempercepatkan penyembuhan luka


• 40 tabs of Zinc - membantu luka (terutama luka dalaman) cepat sembuh

selain daripada itu, kawan-kawan boleh add-on Alfalfa / ESP sebagai milk booster. alfalfa ni juga bagus untuk buang angin dan membantu kita untuk mudah lawas. yelah.. baru-baru bersalin mesti trauma gak nak buang air kan? (^_^)


macam mana nak makan?

cuma makan sebiji sehari untuk setiap jenis. ambillah selepas makan. tapi, saya prefer if kawan-kawan bahagikan suplemen ni kepada 2 atau 3 session. tujuannya supaya mendapat kadar penyerapan lebih maksimum. lagi-lagi kalau kawan-kawan ada mengambil alfalfa. bukan apa, ada orang memang kurang minum air. makan suplemen ke jamu ke perlukan bekalan air yang banyak kepada tubuh.

SET C ni juga tak semestinya kawan-kawan start makan rite after deliver. kalau kawan-kawan order awal, boleh mula makan Vita-Lea sebiji selang sehari sebelum bersalin as a preps to our body. begitu juga dengan B Complex dan Vita-C. Zinc dan Alfalfa boleh mula makan lepas bersalin.

tapi, sebagai ingatan, masa tiga hari pertama tu, jarang orang yang kolostrum nya banyak tau. saya tak nafikan saya pernah tengok orang yang susu terus banyak (kolostrum), tapi kebanyakan orang, hari ke-4 tu baru mula bengkak susu. so, jangan panik. baby pun besar mana je perutnya kan? ;-)


Jom kita baca plak comment Mama Arissa kita ni….

Ini cerita saya pulak..Masa dalam pantang saya mmg ada ambil jamu...Tapi jujur saya cakap, tak kesemua set jamu tu saya pakai pemalas punye worang. Lebih2 lagi saya ni bersalin czer, so segala lulur,cream barut tu mmg lambat la pakai..Untuk pil jamu tu pulak sampai la ni tak abis mkn...hahaha....Bukan apa,masa saya mkn pil tu dulu, Arissa asyik kembung perut..So terus saya stopkan makan...Mmg tak brapa berbaloi lah dengan harga yang agak mahal kira RM300++ beli set jamu tu tapi saya asyik ngelat2 jer..Hmmm..Rugi..sampai skarang minyak,cream,lulur tu masih ada atas meja solek saya sampaikan en Hubby slalu usik.."Tu nape tak pakai minyak tu...mahal beli" Kehkhekhekhekhee..

Sekarang baru saya perasan, masa saya keluar dari hospital doc bekalkan saya dengan Vitamin C..Untuk cepat baik luka katanya...Dan dalam Set Berpantang Shaklee mmg ada Vitamin C!! So kawan2 jgn lah risau kalau ambik set berpantang ni...Alangkah baik nya kalau saya tahu mengenai Set Berpantang Shaklee awal2 dulu...


Vita-Lea - bersama Iron formula yang sgt penting utk tubuh selepas bersalin
Lepas bersalin muka saya pucat betul..Tapi mmg semua wanita lepas bersalin mcm tu kan...Saya dulu dekat nak seminggu masih pucat..Huhuh..Kepala asyik mabuk kepayang...Huhu..Alangkah baiknya kalau saya ambil Vita-Lea...

B Complex - elak kemurungan, anti-stress, stabilkan hormon
saya dulu agak stress okay...asyik nangis2 je..dahla Arissa asyik nangis2 non stop...Mmg stress giler2 lah...Alangkah baiknya kalau saya ambil B Complex..

40 tabs of Vita-C-membantu memperbaiki tisu sel, mempercepatkan penyembuhan luka
Luka saya cepat baik jugak...Mungkin sebab saya mkn hari2 vitamin C yg doctor bagi...

40 tabs of Zinc - membantu luka (terutama luka dalaman) cepat sembuh
Saya dulu hari2 mak saya masakkan ikan haruan..naik muak nak mkn...huhuhu....Mengapa orang Melayu suka makan ikan haruan selepas bersalin? Kerana ikan haruan mengandungi zinc, namun pengambilan yang mencukupi dapat diukur dengan tepat melalui pengambilan tablet zinc).Alangkah baiknya saya kalau saya ambil Zinc jadi taklah saya sampai nak termuntah2 makan ikan haruan hari2...

So kawan2, tepuk dada tanya selera..Saya tak cakap jamu2 tu tak bgus...Ini berdasarkan pengalaman saya je..Insyaallah kalau ada rezeki anak no 2 mmg saya go for Set Berpantang Shaklee jer..Harga pun tak mahal... :)

Saya pun sependapat dgn Mama Arissa....insyaallah..pasni 2nd baby sy musti berpantang dgn Set Berpantang Shaklee jek :-)

So Kawan-kawan....Berminat??? Boleh la email saya yummirza@gmail.com  ataupun sms/call sy 012-7247082 untuk dapatkan harga istimewa k..kawan2!!!

Tuesday, 8 November 2011

Cahayamata adalah Anugerah..Bersama Set Kesuburan Shaklee

بسم الله الرحمن الرحيم


Cahayamata adalah idaman setiap pasangan yang sudah berkahwin.Namun bukan semua boleh memperolehinya. Ada yang senang dapat anak, ada yang bertahun-tahun baru ada rezeki. Pelbagai usaha sanggup dibuat semata-mata untuk memperolehi anugerah istimewa ini.





Credit

Kisah ini bermula sekitar 3 bulan yang lepas...sahabat ummi ni (maaf, ummi tak leh bgtau nama atas permintaannya..)mengadu dengan ummi...Keinginan utk mengandung membuak2 dalam dirinya...Pelbagai usaha telah di lakukannya...Sebut je apa kaedah yang boleh menyebabkan hamil...Berurut sudah...pantang itulah...inilah...telan mcm2 ubat...dr yang pahit sampai ke kelat...semuanya sanggup di buat..Malahan, beribu duitnya habis membuat permanian beradas la...sperma di suntik semula ke dlm rahim dan mcm2 lagi...dan ada antara rawatan tu sgt2 menyakitkan...tapi, demi anak, beliau sanggup...Test dr doktor pakar mengatakan sahabat ummi ni tak ada sebarang masalah...si suami juga normal...malahan sperma yang di hasilkan juga sihat...so, apa masalahnya???

So, dalam keadaan ini, ummi katakan ada sesuatu yang mungkin Allah telah rancang dan pastinya ianya adalah yang terbaik...sahabat ummi ni sgt2 stress dan tertekan...hampir lupa...umurnya dah mencecah 30 an...dan telah berkahwin hampir 7 tahun lamanya...

Memang orang lain hanya mampu melihat...tetapi berat penanggungan hanya sahabat ummi dan suaminya yang rasa...kebetulan, beliau terperasan face book ummi ada gambar2 vitamin shaklee yang ummi amalkan selama ini...lantas sahabat ini bertanya jika ada yang sesuai utk hamil...Semasa itu, sejujurnya ummi merasa serba salah kerana ummi dapat rasakan betapa besar pengharapan yang di letakkan oleh sahabat ummi ini...Tetapi, oleh kerana beliau bersungguh2 ingin mencuba, ummi pasrah...Tetapi berkali2 ummi pesan pada sahabat ummi:- :"Tolong makan suami dan isteri secara konsisten, yakin dengan usaha dan banyakkan memohon kepada Yang Maha Esa (kerana semua kejadian hanya akan terjadi dengan kehendakNya) dan banyakkan berpuasa serta bersedekah kerana Allah Taala...:Dan sekiranya Allah masih juga tidak makbulkan, redhalah atas kehendakNya..kerana Dia Maha Mengetahui setiap sesuatu yang berlaku"...


Selang sebulan, ummi masih belum menerima sebarang reaksi positif dr sahabat ummi ini...tetapi sahabat ummi ni tetap juga meneruskan pengamalan vitamin2 ini...apa yg ummi perasan ada perubahan pada sahabat ummi ini...nada suaranya lbh positif, yakin dan ceria...malahan beliau turut memberitahu ummi bahawa badannya terasa lbh ringan, cergas dan bertenaga...dan katanya perhubungan suami isterinya lebih mantap dan suaminya turut memuji kulitnya yang nampak lebih bersih dr sebelumnya!!!" Tersenyum kejap ummi kerana ummi tahu berikutan pengamalan secara konsisten itu, kesannya secara perlahan2 mula nampak..


Dan dengan kuasa Allah, hari ini, setelah lebih 3 bulan mengamalkan vitamin2 tersebut...berita gembira ini ummi perolehi....terasa terngiang2 di telinga ummi jeritan gembira sahabat ummi yang akhirnya berjaya hamil setelah lebih 7 tahun menunggu...Syukur Ya Allah kerana mengurniakan kegembiraan ini buat sahabat ku...


Apa vitamin yang di makan oleh sahabat ummi ni???Tadaaa...




1) Zinc - Zinc memberi kesan terhadap berbagai hormon termasuklah hormone sex, hormone thyroid, kemandulan bagi lelaki dan perempuan, prostate, thyroid yang tidak aktif . Kekurangan zinc juga dikatakan antara sebab kemandulan – Istilah yang di gunakan adalah “Below the level of technical sterility” bermaksud di bawah paras kesuburan. Ia mempengaruhi bilangan sperm (sperm count) dan pergerakannya (sperm motility). So, zinc ni mmg penting untuk kesuburan...

2) multivitamin - untuk memastikan keperluan 12 vitamin dan 7 galian dipenuhi. Rata2 pengambilan makanan seharian kita tidak dapat memenuhi keperluan ini atas banyak sebab dan kekangan.Dan uniknya multivitamin shaklee kerana ianya mengandungi iron formula yang sangat penting bagi tubuh.


3) B Compleks - paling penting untuk elak kemurungan (anti-stress) & menstabilkan hormon. Uniknya vitamin b shaklee kerana ianya turut mengandungi Folic acid dan Biotin yang sangat penting untuk pembentukan darah dan kestabilan hormon.


4) Vit E - membantu meningkatkan hormon seks baik lelaki mahupun wanita..Uniknya vitamin E shaklee kerana turut mengandungi silenium manakala vitamin E kebanyakkan di pasaran adalah dijual berasingan dengan silenium. Ia juga sangat bagus untuk jantung tetapi waktu yang sama ia boleh meningkatkan pengeluaran hormon seks testosteron.


Namun harus diingat, soal rezeki ini semuanya dari Allah. Kita sebagai manusia harus berusaha, berdoa dan bertawakal kepadaNya. Insyaallah..

Dapatkan Promosi BULAN NOVEMBER sekarang!

Friday, 21 October 2011

JARI HAMPIR PUTUS??TAK SAMPAI SEBULAN DAH COVER DAN TIDAK PERLU IMPLAN

بسم الله الرحمن الرحيم

Ngeri saya tengok gambar jari kawan Adaa ni...Kalau jari tersepit pintu pun dah rasa sakit yang amat, apa lagi yang hampir terputus...Jum baca bagaimana jari
Sarah boleh sembuh dengan supplement Shaklee..Syukur...Ya Allah..mula2 Adaa dapat gambar jari Sarah, naik bulu roma ni, meremang! Sarah ni junior Adaa masa di Sekolah Tun Fatimah (nama penuh tau hehe) dulu..bulan lepas dia ada msg Adaa tanye tentang supplement yang sesuai untuk ibu jari tngan kiri dia yang hampir putus dek kes memotong ayam..(rajin masak nih). Ini gambar selepas 3 jam accident..ngerriiii


after 3 hrs

Disebabkan teruk kecederaan tu, so Dr buang lah kuku tu n sambung balik jari yang hampir putus tuh..dan disbbkan terbalut kuat sangat, maka jadilah mcm ni..


selepas balutan dibuka

Mengikut kata Sarah, doctor pun tak sure jari tuh boleh hidup ke tak dan kene consider untuk buat implant lah kalo gagal berfungsi semula kan..sian dia..n doctor cuma bg ubat tahan sakit dan antibiotik..so apa yang Adaa suggest? Adaa bagi Sarah try ESP+VIT E+VIT C+ZINC+VITALEA untuk mempercepatkan process baik luka, pertumbuhan sel baru then add lagi basic H untuk cuci2 luka semua..dan after about 2 weeks gitu Sarah MMS gambar terbaru..


dah elok!

Percaya tak, belum pun sampai sebulan, jari cik adik ni dah jadi mcm ni..dan yang paling best..tak perlu buat implant!! Doctor sendiri pun terkejut tgk healing process yang sgt cepat ni hihi Sekarang Sarah masih meneruskan pengambilan Shaklee dan harapnya jari tu akan cantek seperti sebelum accident ye cik Sarah =)

credit

Mahu mencuba vitamin Shaklee? Kami menyediakan trial pack Shaklee untuk 30 hari consume dengan harga serendah RM70~RM100 per set dan free delivery
Boleh email saya di yummirza@gmail.com atau sms kan kepada saya 012-7247082 atau boleh guna ID saya 852457 di mana2 branch Shaklee berdekatan

Sunday, 16 October 2011

Zat besi, susuibu dan berat anak yang ideal

Selalu kita dengar berat bayi pasti tidak ideal apabila hanya menyusu susu ibu. Siapa cakap? Dengan pemakanan yg seimbang oleh ibu, insyallah pasti boleh menghasilkn berat yg ideal.
Jom kita baca pengalaman kak Norita berkenaan berat ideal utk bayi dan apa yg perlu ibu menyusu makna.

Masih teringat 4 tahun dulu....masa Nasa masih dalam pantang. Waktu tu bulan raya dan saya terlalu excited makan kuih raya dan tat nenas menjadi pilihan saya. Bila makan tidak berpada...dan lupa yang diri tu menyusukan anak....yang merana si kecil la. Perut dia jadi meragam....bila ditanya pada mak bidan, makcik Maznah menjawab, nenas tu tajam...anak memang sakit perut sebab bisa nenas tadi. Lepas tu bidan saya terus berikan beberapa senarai makanan yang saya harus elakkan demi niat nak menyusukan anak. Selain nenas, ikan berduri juga tidak digalakkan. Sebab apa yang si ibu makan anak akan dapat sama bila anak itu menyusu sepenuhnya dengan susu badan ibunya.

Memula tu bidan saya tak percaya dengan vitamin terutama melihat banyak botol vitamin yang saya letakkan di meja makan untuk senang saya ambil selepas waktu makan. Tetapi beliau mula percaya apabila berat Nasa naik 2kg setiap bulan sehingga 3 bulan yang pertama.

Memang perkembangan Nasa hebat berbanding Addin. Mana tidaknya....kelahiran Nasa adalah melalui proses ceaser yang kedua bagi saya. Sudah pasti saya nak jahitan dalaman saya elok seterusnya penghasilan susu yang memberansangkan.

Masa dalam pantang saya amalkan makan vitalea 2 biji sehari, pagi dan malam. Memang disarankan pada botol 2 biji sehari tetapi bagi mereka yang sihat, sebiji dah memadai. Saya makan 2 biji masa dalam pantang sebab
1. saya perlukan cukup zat besi untuk gantikan kehilangan darah masa proses kelahiran anak.
2. saya tak makan makanan laut yang tinggi zat besi masa dalam pantang sebab takut protien makanan laut yang tinggi boleh hasilkan rasa gatal dan luka nanah dibahagian jahitan.
3. Saya pastikan badan saya mempunyai cukup vitamin dan semua garam galian yang diperlukan.
4. Saya menjaga diri saya dan anak semasa dalam pantang, maka saya perlu pastikan saya sihat dan kuat.
5. Saya nak pastikan jahitan dalaman saya benar-benar sembuh.

Tapi lepas habis pantang, saya amalkan vitalea sebiji sehari sahaja...pernah satu masa tu saya miss makan vitalea. Seminggu asyik pening dan rasa nak pitam. Bila check ngan doktor, kurang darah...mana taknya, ibu breastfeed memang perlukan zat besi. So doktor kata saya perlukan multivitamin dengan zat besi. Then saya jawab, tak pe doktor rumah saya ada multivitamin. Doktor tanya lagi..." Adakah mutlvitamin puan ada termasuk zat besi?" Saya mengangguk tanda ada. Ditambah saya bf Nasa masa tu yang berumur setahun lebih, so doktor pesan jangan tinggal multivitamin dan b com supaya tekanan darah saya stabil di samping anak pun dapat khasiat dari vitamin yang saya amalkan.

Masih ingat pertemuan dengan pakar kanak2 Dr Cheah....beliau sendiri berpendapat, sekiranya ingin meneruskan penyusuan susuibu sehingga 2 tahun, pastikan pengambilan zat besi dititikberatkan demi perkembangan dan pertumbuhan anak. Dr Cheah mengatakan bahawa biasanya selepas 6 bulan, kandungan zat besi dalam susuibu semakin berkurang disebabkan corak pemakanan si ibu yang tidak seimbang dan tidak mengikut piramid makanan. Apabila ini berlaku kesannya ialah pertumbuhan anak akan terbantut dan oleh kerana inilah ramai anak yang mempunyai berat yang tidak ideal dengan umur mereka. Namun pada sesetengah pendapat asalkan anak aktif , berat tidak menjadi masalah. Walaubagaimanapun sebagai ibu , kita bukan sahaja perlu prihatin dengan perkembangan dan pertumbuhan fizikal anak, tetapi kita juga perlu prihatin dengan perkembangan minda mereka. Berat yang ideal membantu pembesaran dan pertumbuhan otak yang sihat dan cerdas.

Sejak saya konsisten makan vitalea, saya tak de lagi masalah nak pengsan ke, nak pitam ke....alhamdulillah. Memang saya puashati la. Malah ramai ibu2 yang mengandung yang adalah masalah hb rendah...selepas disarankan amalkan set A [ set optimum] mereka sangat puashati kerana taraf kesihatan mereka meningkat dengan baik.

Pada saya, selama 11 tahun dah amalkan vitamin Shaklee, ini antara KILLER produk yang paling di minati ramai!


Vita-Lea® Iron Formula Multivitamin & Multimineral

Multi yang Hebat

Makanan tambahan yang seimbang dan paling komprehensif di dalam sains Shaklee yang mampu dimiliki. Vita-Lea diformulasikan khusus dengan 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh orang dewasa.
Mengandungi lebih nutrien, tenaga dan perlindunganPakar kesihatan mencadangkan semua orang dewasa mengambil makanan tambahan harian bagi menyokong kesihatan secara menyeluruh. Walau bagaimanapun, pengambilan makanan tambahan biasa menyebabkan tubuh mendapat nutrisi yang tidak seimbang. Vita-Lea adalah formulasi premium yang disokong oleh tujuh kajian klinikal serta turut menggabungkan ramuan-ramuan terbaik dan kualiti yang luar biasa.

Penggunaan harian, Vita Lea boleh:
  • Meningkatkan kesihatan secara menyeluruh*
  • Menyokong jangka hayat hati, usus dan mata*
  • Meningkatkan kekuatan tulang dan sistem imunisasi*
  • Memberikan perlindungan menentang kerosakan radikal bebas*
Perbezaan Shaklee

Kemajuan Saintifik -
Mengandungi Sistem Penyerapan Bioaktif - Teknologi salutan mikro membantu dalam pembebasan segera di dalam perut untuk meningkatkan penyerapan asid folik dan vitamin B penting yang membantu menghasilkan dan memelihara sel-sel baru.
Kualiti yang luar biasa - Lebih daripada 340 ujian kualiti dilakukan setiap kali Vita-Lea dihasilkan
Vitamin D - Menyokong penyerapan kalsium untuk tulang dan gigi yang sihat*
Beta Karotena - Meningkatkan kesihatan mata, kulit dan sistem imunisasi*
Vitamin E - Menyokong kesihatan sekular dan meningkatkan kesihatan hati, usus dan fungsi imunisasi*
Kalsium - Menyokong kekuatan tulang, pengaliran urat saraf dan otot-otot*
Boron - Membantu dalam metabolisma Vitamin D dan mineral yang terbabit dalam perkembangan tulang*
Magnasium - Menyokong kekuatan tulang, fungsi otot dan membantu dalam mengekalkan tekanan darah normal dan denyutan jantung*
Biotin - Membantu badan menghasilkan tenaga dari protein dan lemak*
Lain-lain - Tidak mengandungi perisa tiruan, pemanis, warna dan bahan pengawet*

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Mahu mencuba vitamin Shaklee? Kami menyediakan trial pack Shaklee untuk 30 hari consume dengan harga serendah RM70~RM100 per set dan free delivery
Boleh email saya di yummirza@gmail.com atau sms kan kepada saya 012-7247082 atau boleh guna ID saya 852457 di mana2 branch Shaklee berdekatan
Disokong oleh tujuh kajian klinikal

Friday, 23 September 2011

Set B (Tambah Tenaga dan Tambah Susu)

Set B

Vita-Lea Iron Formula (Multivitamin)
  1. Mengandungi 12 vitamin dan 9 mineral penting yang lengkap untuk keperluan tubuh seharian
  2. Membantu meningkatkan kecerdasan minda dan sistem imuniti badan
  3. Memulihkan selera makan dan melancarkan process pencernaan
  4. Penting bagi prosess pertumbuhan
  5. Menyeimbangkan hormon dan bahan kimia dalam badan
  6. Melengkapkan nutrient yang kurang
  7. Membantu penyerapan zat dari makanan
Vitamin C
  1. Membantu dalam meningkatkan imuniti badan
  2. Membantu dalam penyerapan zat besi
  3. Membantu dalam proses pemulihan sel, seperti luka
  4. Membina kolagen untuk menguatkan dan menyegahkan tisu dalam badan
  5. Menjaga ketahanan badan dari selsema
  6. Menstabilkan bahan kimia dalam badan
B Complex
  1. Menukarkan gula dalam darah kepada tenaga
  2. Mencegah kelesuan dan kemurungan kelesuan dan kemurungan
  3. Membantu kelancaran urat saraf
  4. Mengelakkan stress
  5. Mengelakkan sembelit
Alfalfa (Milk Booster)

Raja Segala Tumbuhan, sumber mikronutrion yang paling kaya, membuatkan sistem badan berjalan lancar, sebagai milk booster-bagi ibu-ibu yang menyusukan, membantu dalam hal kewanitaan termasuklah menyelesaikan masalah keputihan.
*tidak boleh diambil oleh pesakit SLE dan mereka yang alergi terhadap alfalfa


Set B ini khusus untuk ibu-ibu yang menyusu yang menghadapi masalah kesihatan seperti kelenguhan, stress, keletihan, kurang bertenaga, wajah kelihatan kusam, masalah sembelit, darah tinggi, anemia, mudah pitam, mudah kalut, mudah panas baran yang mana semua ini akan mempengaruhi penghasilan susu ibu. Selain ianya memperbaiki kualiti kesihatan kita set ini juga didatangkan dengan alfafa yang mana ia membantu mempercepatkan penghasilan susu kerana alfafa mengandungi protein. Pengambilan protein amatlah penting di dalam penyusuan kerana telah terbukti ia mempercepatkan pengeluaran susu badan di mana ada sesetengah ibu cepat mengalami bengkak susu. Alfafa juga membantu memekatkan susu badan kita walaupun tiada kajian atau bukti saintifik yang di buat tetapi di atas pengalaman saya menyusukan Aisyah yang kini telah pun berusia 2 tahun di mana perbezaan amatlah ketara bagi ibu yang belum pernah ambil set B dan pernah mengambil set B. Melalui testimoni-testimoni daripada ibu yang mengambil saya juga membuktikan alfafa mempengaruhi kepekatan susu badan di mana bayi mudah kenyang dan minum sedikit TETAPI kenaikan berat badan adalah KONSISTEN.

Bagi ibu-ibu di luar sana yang ingin mencuba set B pastikan juga rutin mengepam diteruskan dengan konsisten. Jika ada dikalangan ibu-ibu menghadapi masalah kekurangan susu pastikan sesi mengepam ditambah dan tambahkan kekerapan direct feeding. Pengambilan set B adalah salah satu usaha sahaja dan tanpa jadual pam yang konsisten atapun kurangnya direct feeding penghasilan susu tidak akan bertambah. Prinsip asas penyusuan ialah lebih kerap payudara dikosongkan lebih banyak susu baru akan dihasilkan. Pastikan ibu-ibu mengikuti 3 saranan kami ini iaitu;
  1. Pengosongan payudara 3 jam sekali
  2. Pengambilan air masak 3 liter
  3. Jangan lupa berdoa - manusia yang tidak berdoa adalah manusia yang sombong kepada Allah
Good luck dan sama-samalah kita memartabatkan penyusuan susu ibu

credit to Along

Wednesday, 7 September 2011

Apa Yg Menyebabkan Sy Join Shaklee??

Awal pregnant yg ke-2, saya rasa bdn cepat sgt letih walaupun di awal kehamilan.
Masa tu dh terfikir nak cari suppliment tambahan since umur pn dh berada dipenghujung 20-an.hehehhe
Tak lama lepas tu...Doctor detect pasal Cyst pulak. My bestfren Farah, rekemen soh tanya pada member dia Rin pasal suppliment Shaklee yang boleh membantu mengecutkn cyst.
Tapi masa tu memang la x menyempat2 nk survey sbb Doc dkt putrajaya & KPJ ckp cyst terlalu besar (5cm x 7cm) so tetap kena buang. x boleh tunggu lama sgt. takut dia membesar bersama-sama baby.
Masa tu pulak, ditakdirkn baby yg dikandungkan cuma sempat membesar seketika (12wks) dlm rahim ku :-(
Betul la kata org, setiap berlaku ada hikmahnya. kalo x sebab pregnant ako pasti x tahu pasal cyst yg membesar kerana langsung tidak ada sebarang tanda & sakit.

3 minggu hospitalization leave, masa tu ako terfikir utk mencari suppliment yg sesuai.
terus email-email Rin (bestfren farah) and survey2 suppliment yg nk dimakan & sesuai ketika mengerjakn umrah. Hasilnya....Set Optimum Health (set A) jadi pilihan kami 3 beradik :-) (ako la yg tukang promote)
Dengan mengamalkn pemakanan vitamin ni, alhamdulillah badan terasa segar sepanjang mengerjakan umrah . Kami  3 beranak sihat tanpa batuk, selsema & demam termasuk la anakku yg bru berumo 2thn stgh.  Set A ni jugak membantu ako ketika menjalani ibadah puasa di Mekah & di Malaysia.
Sekembali ke Malaysia, setiap hari ako bangun pagi seawal pukul 4.30. Memasak utk sahur, solat, mengaji & bersiap utk ke pejabat. Sekembali dari kerja, rush amik Aqil, memasak utk berbuka, melayan anak bujang sorg tu, berterawih dan hanya mampu merehatkn diri seawal jam 12mlm.
memang terasa sgt-sgt letih. Alhamdulillah vitamin shaklee membantu utk badan kembali segar & bertenaga sepanjang hari.

Set A mengandungi Vitamin C, Multivitamin (Vita-Lea) & B-Compleks

Ako juga mencuba Performance Drink. Sgt sesuai ketika cuaca panas terik macam kt Mekah tu.
Siap share dgn semua ahli keluarga. Sedap rasanya dibancur dgn air Zam Zam.
Dgn keadaan terik 54degrees kami menjalani ibadah puasa. Alhamdulillah berkat doa & PD, semuanya tidak terasa langsung dihidrat. Alhamdulillah


Dalam pada masa yg sama, ako survey gak pasal Weight Loss nye suppliment :-)
Teruja membaca entry psl Lecithin yg Rin post dlm blog dia, macamana Lecithin berfungi utk memecahkan lemak..hehe. terus order Lecithin & Cinch utk try.
Alamdulillah, ako loss weight 2kg dlm ms 1wk. and another 2kg lg the next week.
Cuma masa wt umrah x konsistant mkn. Sekarang ni lepas raya...continue blk makan. mudahan2 berjaya la.heeehehe



Sedikit info pasal Vitamin Shaklee

Vitamin B Complex
Vitamin B complex adalah vitamin yang paling utama dalam mengatasi kelesuan dan tekanan. Vitamin B Complex yang lengkap mengandungi 11 jenis vitamin B yang memberi sokongan kepada badan, dari segi kesihatan fizikal dan juga mental. Vitamin B complex mempunyai elemen yang meningkatkan metabolisma, tenaga dan kesihatan otak.
Vitamin C
Menguatkan imuniti tubuh dan menghalang jangkitan. Ia menghindarkan tubuh daripada kelesuan yang diakibatkan oleh tindakan virus dan bakteria terhadap sel tubuh.

Vita-Lea
Makanan tambahan yang seimbang dan paling komprehensif di dalam sains Shaklee yang mampu dimiliki. Vita-Lea diformulasikan khusus dengan 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh orang dewasa. Mengandungi lebih nutrien, tenaga dan perlindunganPakar kesihatan mencadangkan semua orang dewasa mengambil makanan tambahan harian bagi menyokong kesihatan secara menyeluruh. Walau bagaimanapun, pengambilan makanan tambahan biasa menyebabkan tubuh mendapat nutrisi yang tidak seimbang. Vita-Lea adalah formulasi premium yang disokong oleh tujuh kajian klinikal serta turut menggabungkan ramuan-ramuan terbaik dan kualiti yang luar biasa.

Lecithin
Asasnya, lecithin berfungsi sebagai 'pemecah lemak' (fat emulsifier). Lecithin didapati daripada tisu haiwan dan tumbuh-tumbuhan seperti jagung, telur dan kacang soya.
Kegunaan lecithin,
 Bekerja atau bersukan menyebabkan kekurangan nutrisi penting dalam tubuh. Shaklee Performance merupakan pilihan paling ideal yang berupaya menghidrat lebih cepat berbanding air dan membekalkan tenaga untuk kegiatan harian anda.


  • Untuk proses metabolisma, kolesterol, triglycerides dan lemak darah (blood lipids). 


  • Memecah serta mencairkan lemak terutama kolestrol.


  • Menurunkan total serum cholesterol dan meningkatkan kolesterol baik (HDL).


  • Membantu kawal paras triglycerides.


  • Membantu memecahkan lemak badan dan mengurangkan lemak yang tersendat di pembuluhan-pembuluhan darah.


  • Mengurangkan kesan buruk yang wujud dari masalah kolesterol




  • Performance Drink
    ·  OptiCarb pilihan eksklusif untuk tenaga yang berpanjangan
    · Membekalkan bendalir dan elektrolit yang penting untuk membantu mencegah penyahidratan*
    · Terbukti secara klinikal dalam memelihara paras gula dalam darah yang penting bagi tenaga, otot dan paras bendalir yang perlu bagi penghidratan yang wajar


    Nuffnang Ads

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...