Nuffnang Ads

Showing posts with label berpantang. Show all posts
Showing posts with label berpantang. Show all posts

Tuesday, 10 July 2012

20 days @ Home with Ibu Ayah

Isnin, 9-July genap la 20 hari, Areef Mirza dilahirkan.
Alhamdulillah.....Areef sihat dan sangat kuat  menyusu.


20 hari dilalui dengan ibu ayah disisi...

setiap pagi....
ayah akan mandikn Areef....bwk Areef ronda 1 umah & jemur sikit kt panas
ibu readykan breakfast & minum pagi
ayah akan basuh baju and jemur baju..tiap2 hari
dalam 20 hari ni..ada la kat 2x ayah kerjakn tanah kt belakang umah yg subur ngn pokok semulajadi tu

tengah hari.....
ayah akan tunggu depan rumah kul 12.45 sebelum van Aqil sampai
ibu dh siap ready kan makan tghari
ayah akan suap Aqil makan.....dan layan Aqil wat homework & main game

petang....
ibu sediakn minum petang utk kami semua
lepas minum, ayah bawa Aqil g padang main bola
pastu balik umah mandikan Areef & Aqil

malam....
ibu cm biase la..selaku chef readykn mkn mlm
ayah suka kacau areef suruh bangun tdo
pastu ayah gak la yg lipat semua baju..siap iron kn siap2 bju sek Aqil
ibu cm biase...sambut potong kain yg org tempah dh melambak2 tu. nasib umah ako xde mesin..kalo tak..memang dh berpasang2 la bju org tempah untuk raya ni siap.hehe

semalam gak..ibu ayah gerak balik JB.
komitment menjahit ibu menyebabkan ibu ayah tak leh stay sini lama2..
sedey gilers!!! tapi nk wt cmne kn..huhu
nk balik jb...kenangkn Aqil dh tadika....
nk puasa lak tu...kesian nk tinggalkn en asben sorg2.huhu

terima kasih Ibu Ayah...love u both so much!!

Tuesday, 19 June 2012

Preparation Berpantang

Just nak share apa planning ako untuk pantang kali ni.....
So far memang this time decide tak nak amik pape jamu....
sebabnya....ms yg Aqil dulu memang tak leh makan jamu sebab Aqil G6PD
so sangat la membazirnya set Sendayu Tinggi yang ako beli beratus-ratus tu.huhuuh

Jadi untuk kali ni.....ako cuma prepare few things yang ako rasa dh memadai :-)

1) Shaklee Product (utk confinement) RM110 (utk 40days)
    Ada B-Kompleks, Vitalea, Vitamin-C, Zinc + Alfalfa


Vitalea with iron formula
Memandangkan ibu2 kehilangan banyak darah sewaktu melahirkan maka ibu2 perlulah memastikan pengambilan makanan yang seimbang dan berkhasiat agar dapat menggantikan semula darah yang keluar semasa proses melahirkan. Zat besi sangat penting dalam pembentukan sel darah merah. Kekurangan zat besi boleh menyebabkan ibu kelihatan pucat, letih , lesu dan tak bermaya. Bagi ibu yang mempunyai niat menyusukan anak perlulah memastikan pengambilan zat besi dititikberatkan agar pertumbuhan dan pembesaran anak adalah sangat baik.

B complex
Ia juga perlu dalam penghasilan sel darah merah di samping ia membantu menstabilkan hormon badan manusia. Kekurangan B complex boleh menyebabkan ibu yang di dalam pantang mengalami gangguan emosi atau lebih dikenali sebagai meroyan. B complex sangat penting membantu kita menjadi bertenaga dan emosi turut lebih seimbang.

Vitamin C 500mg sustained release
Vitamin C Shaklee adalah berkonsepkan pelepasan masa. Ia akan melepaskan vitamin c secara sedikit demi sedikit mengikut keperluan badan. Memandangkan vitamin C adalah jenis vitamin larut air maka konsep pelepasan masa ini sangat bagus demi memastikan badan kita sentiasa cukup vitamin c dalam meningkatkan antibodi secara berterusan. Vitamin C sangat perlu dalam membantu badan pulih dari proses kelahiran.

Zinc
Ianya adalah antara galian yang sangat penting dalam membantu proses pemulihan. Zinc membantu mempercepatkan proses baik luka dalam badan kita. Ikan haruan antara makanan yang kaya dengan zinc. Pengambilan zinc bagi ibu yang menyusu turut memberi kesan pada bayi di mana ia membantu anak yang disusukan membesar dengan baik dan mengikut graf pembesaran bayi.

Alfalfa
Ianya boleh diambil di dalam pantang terutama bagi ibu2 yang mempunyai masalah susu lambat dihasilkan. Alfalfa berfungsi mempercepatkan penghasilan susuibu. Namun perlu diingat kerana pengambilan yang berterusan tanpa sesi perahan atau penyusuan secara langsung oleh bayi boleh menyebabkan duktus susu tersumbat dan akan menyebabkan ibu demam teruk. Maka pengambilan alfalfa memerlukan pengambilan air yang sekata dan seimbang serta sesi perahan atau penyusuan secara langsung yang berterusan dan konsisten akan mendapat hasil susu yang diharapkan. insyaALLAH.

2) House Of Healin : Gamogen Premium (RM120)

Gamogen Membantu :
  • Mengurangkn sakit sendi, urat & otot
  • menganjalkan kulit, menjadikan kulit awet muda
  • meningkatkan daya tahan badan
  • mengelakkan salur darah tersembut dan melancarkan perjalanan darah
  • mencegah pembekuan darah (sakit jantung, stroke)
  • membaiki salur darah tersumbat (jantung, stroke)
  • mencegah kanser
  • menurunkan tekanan darah
  • meredakan bronchiolitis, resdung, batung berpanjangan
  • aland hulit/ekzema
  • penyembuhan luka luaran & dalaman
  • membantu pesakit kencing manis
  • membantu masalaha kemandulan
  • mengatasi kurap dan panau
  • mengurangkan debaran jantung
  • meredakan radang dan menyurutkn bengkak
  • lela, bronchitis
  • rasa tak selesa
3) Suria Secret : Ramping Balm (untuk krim sapu) (RM42)

Kelebihan Ramping Balm:
  • Mampu menurunkan Berat Badan dalam jangkamasa singkat
  • Khusus untuk mencairkna lemak
  • Membuang lebihan air dan angin dalam badan
  • Penawar utk Gout, sakit pinggang dan sendi, darah tinggi, penat, lelaj, migraine, sengugut
  • Penawar kanak-kanak kencing malam
  • Untuk Wanita lepas bersalin

  • Note : since byk sgt dpt msg tnya psl balm ni...pekata uolls semua g kat link FB (En Amir) ni..tanya direct kt dealer dia k. Sy beli ngn member baik tu yg ada offer skit harga dia.hehe

4) Pek Mandian Herba (http://mysetbersalin.com) (RM 11.90 per pek)
    
Khasiat serai wangi pada wanita yang berpantang lepas bersalin :


  • Menghilangkan bau hanyir dan bau badan selepas bersalin
  • Menyegarkan badan yang rasa sakit-sakit
  • Aroma daun tu bila di rebus umpama terapi dan menghilangkan rasa stress.
  • Memanaskan badan yang rasa sejuk-sejuk

Nuffnang Ads

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...