Nuffnang Ads

Friday 27 July 2012

FPP Putrajaya Review

dari sehari ke sehari nak buat review...asyik tak sempat jek...
dok umah lg buzy dari kerja oooo...ako mmg selute la pada org yg leh jadi fulltime housewife.hohohoho

ok..berbalik pada review FPP...

Date Of Admission : 19/06/2012

Final Diagnosis : Delivery By Emergency Ceasarean Section

O&G Specialist : Dr Nor Azmi Kasim

Total Cost of Delivery : RM 3,440.60  (4 days 3 night)

Cost for Paed (G6PD) : RM 10.00 (Gov Rate : 3 days 3 night)


Review :

Doktor sangat bagus..best & sangat2 membantu! Mekasih Doc! Nurse pun sgt2 membantu! Mekasih semua!

Kalau dapat bilik double mmg agak kecewa sebab rate dia sama jek ngn single. Paling x best bilik double sebab husband tak de tempat yg selesa untuk tido. Bilik single memang best la. So far ako dpt rasa dua2 sebab masa check in tu bilik single takde kosong.huhu

Cost bersalin czer agak murah berbanding swasta.
Pape problem pada baby cth cam ako nya kes, Areef G6PD..terus treat under government rate.

So far..memang puas hati la :-)


Tuesday 24 July 2012

Samun @ Burger King, MRR2

Kejadian berlaku ke atas adik lelaki saya..pada hari ke-2 kita menyambut Ramadhan...
Moga sama-sama ambil peringatan jika perkara macam ni jadi kt kita..mintak dijauhkn la...

*************************************************************************


Saya dah mula Kurang Yakin Dengan Burger King. " NYAWA " KESELAMATAN " KAKITANGAN TIDAK TOLONG " kejadian berlaku di dalam permis Burger King @MRR2 di alamat Lot PT 8882 HS (D),Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2), Mukim Ampang, 43100 Daerah Hulu Langat, Selangor.
Saya dengan isteri dan adik ipar berada di Burger King@MRR2.
Kami bercadang hendak berbuka puasa di sana. Kami duduk di tingkat atas berhampiran tingkap cermin, sambil menanti masa untuk berbuka puasa.

Pada pukul 7.05pm, 22hb Julai 2012, kami di datangi oleh seorang Lelaki berbangsa INDIA.
Lelaki India membuat kacau di tingkat atas. Tetiba lelaki india tersebut meluru kepada kami dan menuduh kami mengganggu teman wanitanya. Masalahnya kami tidak mengenali pun lelaki tersebut dan tidak faham kenapa dia mengugut kami. Lelaki tersebut telah memaksa kami membuka wallet dan terus mengambil duit serta HP galaxy Note milik isteri yang berada di atas meja makan. Kami cuba pertahankan untuk mengambil blk duit dan HP yang dirampas lelaki tersebut tetapi lelaki tersebut mengugut kami utk memukul kami dan mempanggil kumpulan mereka yg berada di luar premise burger King.

Semasa kejadian tiada sesiapa yang datang membantu kami hanya cuba untuk menyelamat diri masing-masing termasuk pekerja burger king yang berada di tingkat atas yang sedang mencuci premise. Setelah merampas duit dan HP kami, lelaki tersebut telah meluru keluar dari premise dan berjanji akan datang semula untuk mengembalikan barang kami. Tetapi lelaki tersebut tidak datang semula. Saya cuba hubungi HP isteri dan dia angkat. Kami menyuruh lelaki tersebut datang ke burger king untuk pulangkan barang kami. Lelaki itu cakap sekiranya kami inginkan barang kami sila jumpa di Jalan Bandar. Kami tidak mahu mengambil risiko. Kami terus ke balai polis pandan indah untuk membuat laporan.

**********************************************************************************************

Jika berlaku pekara sebegini...diharap kita tak panik..
Pada masa yg sama...berhati-hati lak ketika sibuk melayari internet di telefon..mungkin ada yg sedang memerhatikan kita...




Monday 23 July 2012

1st Iftar & Celebrate Birthday

Alhamdulillah....kami sempat berkumpul 3 beradik sekeluarga untuk sama-sama berbuka puasa & meraikan harijadi ku sempena hari pertama berpuasa. Kan best kalau ibu ayah pun dapat join sekali. Warrgghhh!!! En Mija...sy nak balik JB.hukhukhukhukhukhuk

Menu kteorg, Nasi Ayam Blackpepper (ni org dalam pantang masak main dish...x aci tul dorg ni..hehe), Sate, Cucur Udang, Popia ngn Tauhu Sumbat. Kalau kt JB ni sure dh cari Yong Taufu Mat Aris. Hahahahaha.

Terima kasih tak terhingga buat kakakku..abg ipo ku...adik ku & isteri and of cosh la en asben ku



wahh...3 series...terasa dh tua kn.hehehehe

Saturday 21 July 2012

I'm 30 :-)

Celebration?? Wajib la takde yg special sebab nya masih lg berpantang..waargghh!!!
Pasni kena wt tuntutan ngan hubby la jawapnya.

Alhamdulillah...masih lagi sihat & berkesempatan menyambut hari lahir ke-30
hohohoh...cm x caya jek dh reach angka 3 ni..waarggh...tuanya rasa!

Alhamdulillah gak.....ako bahagia dgn 3 hero ku..amin!

Hadiah birthday dari hubby tahun ni....dapat awal seminggu sebab hp rosak..thanks to my old nokia.hahahhaha.

Mekasih En Mija...love you so much!!!!


Buat Semua Rakan-rakan dan keluarga...
Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak


Wednesday 18 July 2012

Multi Tasking

Ako rasa semua wanita especially ibu memang multi-tasking kn....
Semua menda nk dibuat dalam satu masa....

oh sesungguhnya...dalam pantang ni pun ako kena multi-tasking
tengah menyusukan Areef...pd masa yang sama suapkan  Aqil nasi..sambil2 tu sempat lagi online check email & fb.hehehehehe

sambil masak..kalo rasa cik B dh penuh..sambil masak sambil pam susu...hehehhe

x masuk lagi lipat baju sambil menyusukan Areef & nengok tv......

Sebab tu la kenapa kelebihan ni ada pada insan-insan bergelar wanita kan :-)
Bersyukur dgn kelebihan yang kita ada :-)

Monday 16 July 2012

Pengalaman Bersalin Kali Ke-2

Dari sehari ke sehari nk menaip…tapi asyik tak dan jek.hehehehe…Sekadar untuk ako rekodkan sebelum semuanya hilang dari ingatan. Ako kan memang manjang lupa semua.hahaha
Ceritanya cmni…check-up masa 37 week, Blood Pressure (BP) naik mencecah 150/90. So Doktor Azmi pesan, suruh wat check-up daily kt mana2 klinik setiap hari sampai 19-June. Sebabnya, doctor decide 20-June utk ako admitted for induce. Since BP dh pernah naik…dia kata tak yah la tunggu sampai 40weeks. Erm…serius pelik giler..sepanjang peggy BP ako normal jek.memang xde tanda2 atau simptom2 BP tinggi. Sakit kepala pn tak. Cumanya…malam sebelum check-up tu…ako bedal 6ulas durian. 6 ulas jek pn J bukan banyak.hehehe. Tanya gak doctor, ni punca BP naik ke…doctor pn x berani nk komen. Dia ckp mungkin kot.hehehehe.
Ako pn buat la daily BP check dekat KK Semenyih. Nama pn buat dekat KK, bukan BP jek dia cek..urine sume kena check sekali. Siap kena refer doctor lagi. Paling best, KK siap bukak hari Sabtu & Ahad semata-mata utk ako sorang check BP.Memang terbaek la!  Thanks nurse!!!!
19-June (@38 weeks) cam biasa la…ako keluar g check BP time lunch hour. So far 5hari ako check, BP normal jek…cumanya albumin dalam urine ako 3++. Ako pn tak tau la pe menda tu. Tapi last day check, nurse suruh review balik dgn doctor Sarah tu. Doktor tu memang baik…tapi dia punya panic..wat ako plak rasa x senang duduk.huhuhu. Sebab albumin ako masih 3++, dia suruh ako call terus gynea ako. Apa tah doctor tu explain kt Doktor Azmi, terus Doktor Azmi soh ako g hospital sekarang gak. Adoii Hai!!! Dengan laptop kat opis, barang semua tak kemas….nk kena g spital. Call Hubby plak, dia tgh bz meeting pasal product yg ada market claim. Kelam kabut jadi nya. Paling x leh tahan, doctor tak bagi ako drive g hospital. Dia soh naik ambulance gak. Sebab dia risau terjadi pape on da way nanti. Nak tak nak..naik gk la ambulance. Hubby follow dr belakang. Experience terbaek la naik ambulance ni. Dia punya bawak…macam ako dh nk beranak. Kalau orang yg memang tengah sakit tu…mmg leh terberanak la dlm ambulance tu…giler laju ooooo!!!!!
Sampai Hospital Putrajaya dalam kul 3.30ptg, terus doctor bertugas tu check BP ako…dari normal reading kt KK tu…terus berdesup 207/120..giler punya tinggi! Ako rasa gara-gara  naik ambulance tu kot. Hehehehe. Tapi serius ako takde rasa sakit kepala ke pe. Ada membe cakap dia punya sakit kepala tak hingat. Tunggu gynea ako sampai…Doktor Azmi check, terus dia explain……”BP tinggi sangat…albumin urine you 3++, so saya nak keluarkan baby secepat mungkin. Saya nak you relax jek. BP turun kita terus masuk OT Room, k” Masa denga ni terus rasa blank..kena czer ker?? adoii!! Sempat lagi Tanya doctor…”induce dulu tak leh ke doctor”.hehehehe. “ tak boleh…sebab induce proses dia lambat. Sekarang ni u takde langsung contraction. Saya risau tinggi sangat BP you boleh kena sawan. Bahaya untuk nyawa you & baby”. Oh…ok….redha jek la. Yang penting dua2 selamat.
Terus kena transfer g labor room….drip ubat & air kiri kanan….tak masuk lagi dgn nurse dtg cek BP stp 20-30minit. Adoi!! Serius ako rs seksa. Dgn tiup air kencing lg kt bwh tu rs tak selesa…hehehe…macam-macam la. Rasa jenuh tul nak tunggu BP turun. Kul 9malam doctor Azmi bgtau..kul 11 kita masak OT Room. Hui…lama tul rasa nk tunggu sampai lagi 2 jam.
Betul la org ckp…ms nk belah tu..kejap jek rasa baby dh kuar. Tapi nak tunggu selesai semua…lama gilers! Tapi time ni ako dh lalok giler..ngantuk + lapor! Dari kul 2ptg tak makan2 lagi.adooi haii! Walaupun Nampak samar-samar dari lampu pe dorg buat..ako mmg tak amik port la.hehe. Nurse siap kejut ckp…puan ni baby puan…nengok ye jantina dia apa…pastu dia dekatkan baby kt muka sekejap.  Pastu ako sambung balik tido.kekeke. Sedar-sedar doctor cakap…ok puan..kita dah siap ye. Nak transfer katil balik.
Kat kul 2pagi baru selesai semua. Time ni..terus Tanya doctor, saya nk minum leh tak. Saya dh lapo sangat ni. dapat air masak pn jadi la.hehehe. doctor cakap boleh..terus hubby bagi minum air zamzam yang dia bwk..yg langsung x semapt nk minum before bersalin.hehe
Kalo org Tanya ako…czer ke normal…ako still pilih normal.  Czer tak sakit masa bersalin….dalam pantang pn ok jek..Cuma kena make sure tempat jahit sentiasa kering la kan.  Cuma menda yg ako tak leh lupa….seharian yang ako lalui sebelum masuk OT Room. Dgn drip ubat…tangan dah bengkak..ubat tak leh nak jln….dtg plak MO lain try plak cucuk kt lengan sampai 4 tempat..tp x jumpa gak nerve…pastu dorg try plak cucuk kt kaki..x boleh gk!! adoi!! Bengkak2 lengan ako dibuatnya.  Lagi 1 paling ako x leh lupa, setiap kali nk sign form before czer ni…cth mcm doctor bius explain psl risiko bius la..kalo ubat x sesuai apa leh berlaku la…scary giler beb! Ako rasa ape kes la ko explain cmni. nk tak nk still kena czer kan. Memang tu procedure dorg….tp isyyy….scary!
Masa bersalinkan Aqil Mirza Alhamdulillah memang mudah. Keluar tanda….g spital dah bukak jalan tapi masih tak sakit. Start 5cm bru sakit yg betul2 kaw2. Ako plak kena lower abdomen pain…so mmg sakit giler. Tp dalam sejam ako dh bersalinkn Aqil. Setiap anak lain bahagian dia kan. Alhamdulillah…selamat dah lahirkn Areef Mirza. Sekurang-kurangnya...ako dapat la merasa dua2 sekali J
Terima Kasih Ya Allah…
beberapa jam lepas keluar dari perut mama





Friday 13 July 2012

Areef Mirza in 3week

Alhamdullillah...dalam masa 3 minggu berat Areef dh bertambah dari 2.28kg kepada 2.8kg.
So far tak byk sangat kerenah Areef. Cuma dia memang x boleh punggung kotor skit..sure dh jerit cepat-cepat. Setiap malam dia akan bangun untuk menyusu pukul 12 mlm, 3pagi & 6pagi.


Alhamdulillah..stok susu pn dh semakin banyak. Setakat hari ni dh ada hampir 350 oz
Sehari aku cuma pam 2-3kali sehari sahaja.
Setiap sesi ada masa dapat la sampai 12-14oz...ada masa 10oz jek

ni gambo 2 hari lepas...ari ni penuh skit bahagian bwk tu...adoii hai!

Perlukah kami beli deep freezer?? Adoi!!!!

Tuesday 10 July 2012

20 days @ Home with Ibu Ayah

Isnin, 9-July genap la 20 hari, Areef Mirza dilahirkan.
Alhamdulillah.....Areef sihat dan sangat kuat  menyusu.


20 hari dilalui dengan ibu ayah disisi...

setiap pagi....
ayah akan mandikn Areef....bwk Areef ronda 1 umah & jemur sikit kt panas
ibu readykan breakfast & minum pagi
ayah akan basuh baju and jemur baju..tiap2 hari
dalam 20 hari ni..ada la kat 2x ayah kerjakn tanah kt belakang umah yg subur ngn pokok semulajadi tu

tengah hari.....
ayah akan tunggu depan rumah kul 12.45 sebelum van Aqil sampai
ibu dh siap ready kan makan tghari
ayah akan suap Aqil makan.....dan layan Aqil wat homework & main game

petang....
ibu sediakn minum petang utk kami semua
lepas minum, ayah bawa Aqil g padang main bola
pastu balik umah mandikan Areef & Aqil

malam....
ibu cm biase la..selaku chef readykn mkn mlm
ayah suka kacau areef suruh bangun tdo
pastu ayah gak la yg lipat semua baju..siap iron kn siap2 bju sek Aqil
ibu cm biase...sambut potong kain yg org tempah dh melambak2 tu. nasib umah ako xde mesin..kalo tak..memang dh berpasang2 la bju org tempah untuk raya ni siap.hehe

semalam gak..ibu ayah gerak balik JB.
komitment menjahit ibu menyebabkan ibu ayah tak leh stay sini lama2..
sedey gilers!!! tapi nk wt cmne kn..huhu
nk balik jb...kenangkn Aqil dh tadika....
nk puasa lak tu...kesian nk tinggalkn en asben sorg2.huhu

terima kasih Ibu Ayah...love u both so much!!

Aqiqah Areef @ Day 7

Alhamdulillah...Aqiqah Areef utk 1 bahagian dh disempurnakan pada hari ke-7 melalui Ez Qurban.
Resit & pengesahan Qurban pn dah dapat.

Untuk sempurnakan Akikah pada hari ke-7 macam yg disunatkan..kalo ikutkn memang jenuh la kn. dengan baru lepas bersalin semua. Alhamdulillah dengan ada nya badan-badan yang diiktiraf oleh JAKIM ni...dapat lah kami sempurnakan nya :-)

Insyallah...1 bahagian lagi akan disempurnakan kemudian.
1st time guna khidmat Ez-Qurban ni..masa Aqil dulu wat akikah di terengganu & raub.
Yang bagusnya...feedback dan respon dari pihak pengurusan sangat efficient. Terima Kasih!

Friday 6 July 2012

Quilt Set for Areef Mirza

Order Quilt Set ni dari Ummi Craft last May. Amik masa sebulan gak la untuk siap.
tapi sangat puas hati. receive Quilt Set ni 3hari lepas. Thanks Ummi Craft!


Areef kecik sgt...kena la lipat dua.hahaha..



Nuffnang Ads

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...