Nuffnang Ads

Thursday 29 March 2012

Booking Hospital : FPP Putrajaya

hai...kusut tul memikirkan hospital yang manjang full jek sepanjang tahun ni..hohoho. semua orang nak baby dragon kot. tu yg full tak hingat.termasuk la ako.heheheheheh

setelah memikirkan banyak faktor, so kami decide nak pilih FPP (Full Paying Patient) Hospital Putrajaya. Ala-ala private spital tapi dekat hospital kerajaan.hehe. Selain Putrajaya, Hosp Selayang, HUKM ngn UM pn ada tawarkan pakej cmni gak. tapi tak tau la range harga dia sama ke tak.


Faktor kepada pemilihan FPP ni :

* tak nak kena tolak2 g spital lain - lately ni putrajaya selalu full. Pastu dia tolak la ke HKL atau HUKM which is sgt la jauhnya nak g sana.hoohoho.
* budget - kos bersalin normal standard private, czer murah lg dr private hospital 
* baby g6pd - since Aqil dlu G6PD, so ada possibality gk kali ni pn sama (hopefully x la) Which means, ako kena dok spital seminggu. Kalo under FPP, kalo baby problem akan terus charge under normal wad. kos bersalin sahaja yang di kira private. ok la kn. Hubby pn x jauh nk ulang alik.huhuhu
* ako tak pernah bukak buku merah gomen
* dekat ngn umah alongku. emergency leh pos aqil kt umah along.hehehe

Kelmarin call FPP untuk booking (03-83124316), GM Idayu yang entertain. 
Ikut list dia, cuma Dr Azmi & Dr Hadzim jek yg ada kekosongan.
Dr Hamidah & Dr Noraihan dah full schedule.
Since my besties, Farah advice Dr Azmi better, so decide utk book Dr Azmi.

Smlm GM Idayu bg confirmation utk 1st check-up dgn Dr Azmi, 3rd April kul 2ptg.

Bayaran yang dikenakan utk FPP ni
* 1st time check up - RM110
* Follow-up check-up - RM60
* Deposit - RM 3000. Bayo ms admitted spital. kalo total cost lg rendah..wang akan dikembalikn :-)

for more detials, leh la nngk link FPP ni

Ya Allah, kau permudahkan la urusan bersalinku kali ini..Amin!

Tuesday 27 March 2012

Apam Polkodot

weekend baru ni dtg mood rajin & tetiba rasa nk try wat sendiri apam polkodot.
puncanya pn sebab terperasan yg jem kaya akan expired by end of this month.hehe
so pikir punya pikir...nak cari resepi paling mudah dibuat..haha..nk wat yg senang jek.hehehe
google punya google jumpa la resepi apam polkodot kt macam-macam link.
bascially semua resepi nya sama jek. so i pn follow jek dari blog ApamPolkodot ni

taraaa...ni la hasilnya.hahaha. rasa & gebu dia mmg ok la kn. Aqil pn suka.
cumanya dot dot dia x berapa nk jadi.hahaha
xtau la camne dorg wt dot dot tu kemain lawa n molek jek rupa bentuknya.hehe
cm nk kena masuk kelas gak jek.hahahahha


Untuk menghasilkan Apam Polkadot yang gebu2 dan comel:

275 gm tepung gandum
220 gm gula halus
150 ml susu segar atau susu cair
3 sudu teh baking powder = diayak sekali
3 biji telur sejuk dari peti ais
1 sudu kecil ovelette
1 sudu esen vanilla
Filling/perasa adalah mengikut citarasa masing =)
Pewarna adalah terpulang, janji yang dibenarkan =)


Langkah-langkahnya:

1. Pukul telur putih sehingga kembang elok.
2. Kemudian masukkan ovelette, kuning telur dan esen vanilla, pukul sampai kembang lagi.
3. Masukkan gula, pukul sampai kembang lagi.
4. Masukkan tepung dan baking powder diselang seli dengan susu kemudian gaulkan.
5. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan titiskan pewarna.
6. Masukkan setiap warna dlm piping bag atau plastik bersih.
7. Picit adunan ke dalam mangkuk kertas.
8. Letakkan filling yang digemari, untuk lebih mudah masukan ke dalam plastik kemudian picit.
9. Picitkan lagi adunan yang sama sehingga penuh dan kemudian dot-dot kan dengan warna pilihan.
10. Kukus 10-15 minit sehingga masak.
11. Apa tunggu lagi…ngap ler hehe…

Mudah bukan? Harap sedikit sebanyak membantu =)

Nota: Jangan gunakan api besar semasa mengukus untuk mengelakkan apam ni jadi merekah atau mekar. Gunakan api yang sederhana sahaja.

Digalakkan untuk balut tudung periuk anda dengan kain bersih untuk mengelakkan air wap kukusan menitis jatuh ke atas apam dan menyebabkan apam tidak cantik.

Sekian Terima Kasih...hehehehe

Friday 23 March 2012

Bed Time Story from Aqil : Mary & Paul

Petang semalam sampai jek rumah...Aqil cakap dia takde homework. Memang daily routine dia, sampai jek rumah kena siapkan homework sebelum leh main Wii atau Ipad.hehehe.
tapi dia terus amik bag dia keluarkan buku cerita Mary & Paul.


"Mama duduk sini tau. Aqil baca story book ni utk mama."
oo...mama pn cm kagum kejap...ok la..mama denga

"This is Mary"
"This is Paul"
"Here are Mary & Paul in the box"

terpegun kejap mama..sejak bila pulak aqil dh boleh membaca. sampai abis buku lak tu.hehhehee
Sebab ABC pn kadang-kadang bila susun tonggang terbalik..dia pn sma terbalik gk.hahhaa
rasanya...dia menghafal kot. tp xpe la kn..it's a good start. baru 3bln jek pn masuk Tadika Strawberry Wonderland tu. Selama ni pn dia mmg suka belek2 buku. Selalu tiap-tiap malam mama bacakan story book utk Aqil. So kali ni Aqil pulak bacakan utk mama.hehe
Mudah-mudahan lepas ni Aqil betul-betul leh membaca dengan lancar..amin!


Tuesday 20 March 2012

My tummy at 23rd Week

last check-up on 10-Mac (lama dah..bru nk update) kt Jameaton Klinik kena minum air gula....since ibu ada GDM carrier kn....so i dgn baik ati nye declare kt doc ada family history. hohohoh.
along ku lg bijaksana...lgsg x declare & since berat dia naik x mendadak....x pernah plak dia minum air gula tu spjg 3x peknen..hohohooh.
ni kira my 1st experience. ms aqil dulu xde plak ibu ada history GDM tu.hehe
kalo ikut kata member2 yg pernah minum air gula....cm nk muntah la..mcm2...kecuali Farah (minah ni mmg selalu lain dr lain)..dia jek sorg ckp ok jek.hahahhaha
tapi sesungguhnya...mmg ok pn! kekeke.
erm.....rs glukos je. xde la sampai level nk muntah kn
tak tau la kot sbb ako berpuasa semalaman kn...so sgt lapo pagi2 tu belasah jek air gula tu dengan enak nya.hahhahahahaha


so far alhamdulillah, baby grow as it is.
My EDD date remain excatly the same dgn date yg I bg kt doc, 6-July-2012.

doc tanya, u dah tau gender baby? nk tau tak? of cosh la dgn pantasnya jawap nak.hehehe senang nk prepare pape yg patut :-)
godeh punya godeh........doc ckp mcm boy.....ya itu dia....BoboiBoy.....hahahha.....
Hubby ckp bertambah la geng bola dia......
Aqil plak asal pegang perut jek ckp ni Baby Girl dalam ni. haha.
sejak bila pulak dia nk baby girl xtau la. ms mula2 ari tu sibuk ckp nk baby boy.hehehe
x kisah la kn..girl ke boy ke...moga sihat sempurna hendaknya.
since our target memang nk menambah ahli keluarga by this year, kalo girl kira bonus jek la. dh ada dalam perut pn bersyukur sangat2 :-)

in fact, skrang ni dh 25wks baby sgt aktif. rasa cm lg aktif dari Aqil dlu
waaaggghhhh.....wajib la pasni mama training jadi tarzan hari-hari...hahahha

Friday 16 March 2012

Aqil's New Cousins

wah..berturut-turut Aqil dapat cousin baru tahun ni...sorg boy sorg girl.
bertambah-tambah la cucu nenek ngn wawan tahun ni :-)


Ni la MUHAMMAF RIFQI AFIF B. MOHD SUHAIRI
Lahir pada 10-Feb-2012, kul 11.30 mlm
Anak sedara sebelah hubby...cucu hero yg ke-5 dlm family (so far xde cucu heroin lg.hehe)
Anak ke-2 akak ipar ku.


Yang ni pulak....namanya sgt unik lg kreatif. biase la alongku mmg sgt kreatif mereka-reka nama.hahaha
KIASATINA THUFAILAH BINTI RAMLEE
Lahir pada 13-March-2012, kul 1 pagi
Anak alongku yang ke-3
Puteri ke-2 along ku & 2nd cucu heroin dlm family kami

Alhamdulillah...semuanya sihat
Moga ako pn dikurniakn baby yg sihat & sempurna..Amin!

Thursday 15 March 2012

Testimonial : Pengalaman Berbeza Kak Waty Bersalin Kali ke 3 Secara Pembedahan dengan Supplement Shaklee

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Happy!!! Itu yang saya dapat gambarkan bila terima komen dari Kak Waty… Untuk pengetahuan semua, ini adalah kelahiran yang ketiga melalui pembedahan.. Kali ketiga! Saya yang melaluinya sekali ni pun masih terasa ngilu. Apalagi Kak Waty yang tiga kali melalui pembedahan. Oleh kerana itulah Kak Waty telah memilih supplement Shaklee. Kata beliau, dia mahu cepat recover!
Terus saya cadangkan supplement Shaklee :)
Apa kata Kak Waty ya..Oh ya…Ini dalam bahasa Sarawak :)


Kata Kak Waty lagi,selepas pembedahan dia nampak sangat cergas sehingga ibu-ibu yang bersalin melalui pembedahan yang lain pun rasa pelik.. Seronok saya mendengarnya…

Apa yang Kak Waty ambil sebenarnya? Jawapannya SET C!
Apakah yang terkandung dalam set C atau set Bersalin sebenarnya? Set berpantang ini mengandungi 4 jenis vitamin iaitu
  • Vitalea with iron formula
  • Vitamin C 500mg sustained release.
  • B complex with Folic Acid
  • Zinc
Vitalea with iron formula
Memandangkan ibu2 kehilangan banyak darah sewaktu melahirkan maka ibu2 perlulah memastikan pengambilan makanan yang seimbang dan berkhasiat agar dapat menggantikan semula darah yang keluar semasa proses melahirkan. Zat besi sangat penting dalam pembentukan sel darah merah. Kekurangan zat besi boleh menyebabkan ibu kelihatan pucat, letih , lesu dan tak bermaya. Bagi ibu yang mempunyai niat menyusukan anak perlulah memastikan pengambilan zat besi dititikberatkan agar pertumbuhan dan pembesaran anak adalah sangat baik.
 
B complex
Ia juga perlu dalam penghasilan sel darah merah di samping ia membantu menstabilkan hormon badan manusia. Kekurangan B complex boleh menyebabkan ibu yang di dalam pantang mengalami gangguan emosi atau lebih dikenali sebagai meroyan. B complex sangat penting membantu kita menjadi bertenaga dan emosi turut lebih seimbang.

Vitamin C 500mg sustained release
Vitamin C Shaklee adalah berkonsepkan pelepasan masa. Ia akan melepaskan vitamin c secara sedikit demi sedikit mengikut keperluan badan. Memandangkan vitamin C adalah jenis vitamin larut air maka konsep pelepasan masa ini sangat bagus demi memastikan badan kita sentiasa cukup vitamin c dalam meningkatkan antibodi secara berterusan. Vitamin C sangat perlu dalam membantu badan pulih dari proses kelahiran.

Zinc
Ianya adalah antara galian yang sangat penting dalam membantu proses pemulihan. Zinc membantu mempercepatkan proses baik luka dalam badan kita. Ikan haruan antara makanan yang kaya dengan zinc. Pengambilan zinc bagi ibu yang menyusu turut memberi kesan pada bayi di mana ia membantu anak yang disusukan membesar dengan baik dan mengikut graf pembesaran bayi.
 
Masih berfikir-fikir mahu set bersalin yang mana? Anda boleh PM saya untuk ketahui lebih lanjut tentang Set Bersalin ini. Harganya? Tentulah setanding dengan hasilnya.
 
—————————————————————————————————————————
Untuk konsultasi dan segala pertanyaan, anda boleh:
1. PM saya di fb, Mariam Ab.Wahid
2. Emel yummirza@gmail.xom
3. SMS saya di 012-7247082

Wednesday 14 March 2012

Ronda Maternity Expo

Sabtu lepas.....pujuk hubby nak g Maternity Expo kt Mid Valley.
sebabnya tak pernah g pun.hahah. kekonon cm teringin bila denga member cite byk brg best2.
siap wat list nak beli apa dkt hubby dgn harapan berbaloi-baloi la pergi.haha

sampai sana kul 12 lebih...hohoho....org sgt2 ramai.......expo plak pki hall kecik jek.hukhukhuk
makcik keciwa....x byk choice sgt pn. since byk brg yg dh ada ms time aqil ari tu....plan cuma nk cari menda2 biasa jek la. harapan ada la promo stroller yg best2 ke kan.hohoho

at the end...ni jek la brg2 yg dibeli...hehehe


1) Hug Me adjustable baby wrap RM30  <-- survey online ke kedai ke mostly harga dlm rm40 ke atas
2) Autumnz Breastmilk Storage Plastic 12oz RM9 (25pcs) <-- nyesal beli 2 kotak jek.huhu. balik2 member ckp plg murah takat ni RM15 for 25pcs.huhu. survey online brand sma pn RM12.90
3) Autumnz Milk Storage RM30 (10pcs) <-- ni mmg x nk beli byk sbb nk jimat space. MLO dlu pn ada lg
4) Tungku Baby Rm15 <-- sje jek beli.senang nk tuam kt pusat baby nnti.haha
5) Bengkung Baby RM7.50 (1pcs) <-- menambahkn koleksi yg sedia ada.hehe

tu jek la yg sempat grab pn. Aqil dh bising ajak kuar dr tempat yg sgt sesak lg menyesakkan tu.huhuhu

Nuffnang Ads

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...