Nuffnang Ads

Tuesday, 27 March 2012

Apam Polkodot

weekend baru ni dtg mood rajin & tetiba rasa nk try wat sendiri apam polkodot.
puncanya pn sebab terperasan yg jem kaya akan expired by end of this month.hehe
so pikir punya pikir...nak cari resepi paling mudah dibuat..haha..nk wat yg senang jek.hehehe
google punya google jumpa la resepi apam polkodot kt macam-macam link.
bascially semua resepi nya sama jek. so i pn follow jek dari blog ApamPolkodot ni

taraaa...ni la hasilnya.hahaha. rasa & gebu dia mmg ok la kn. Aqil pn suka.
cumanya dot dot dia x berapa nk jadi.hahaha
xtau la camne dorg wt dot dot tu kemain lawa n molek jek rupa bentuknya.hehe
cm nk kena masuk kelas gak jek.hahahahha


Untuk menghasilkan Apam Polkadot yang gebu2 dan comel:

275 gm tepung gandum
220 gm gula halus
150 ml susu segar atau susu cair
3 sudu teh baking powder = diayak sekali
3 biji telur sejuk dari peti ais
1 sudu kecil ovelette
1 sudu esen vanilla
Filling/perasa adalah mengikut citarasa masing =)
Pewarna adalah terpulang, janji yang dibenarkan =)


Langkah-langkahnya:

1. Pukul telur putih sehingga kembang elok.
2. Kemudian masukkan ovelette, kuning telur dan esen vanilla, pukul sampai kembang lagi.
3. Masukkan gula, pukul sampai kembang lagi.
4. Masukkan tepung dan baking powder diselang seli dengan susu kemudian gaulkan.
5. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan titiskan pewarna.
6. Masukkan setiap warna dlm piping bag atau plastik bersih.
7. Picit adunan ke dalam mangkuk kertas.
8. Letakkan filling yang digemari, untuk lebih mudah masukan ke dalam plastik kemudian picit.
9. Picitkan lagi adunan yang sama sehingga penuh dan kemudian dot-dot kan dengan warna pilihan.
10. Kukus 10-15 minit sehingga masak.
11. Apa tunggu lagi…ngap ler hehe…

Mudah bukan? Harap sedikit sebanyak membantu =)

Nota: Jangan gunakan api besar semasa mengukus untuk mengelakkan apam ni jadi merekah atau mekar. Gunakan api yang sederhana sahaja.

Digalakkan untuk balut tudung periuk anda dengan kain bersih untuk mengelakkan air wap kukusan menitis jatuh ke atas apam dan menyebabkan apam tidak cantik.

Sekian Terima Kasih...hehehehe

2 comments:

DiLLaiLa said...

alamak kak yam dah buat dulu la..saye asyik berangan je nak buat..tapi kebanyakan resepi kate filing strawberi la..bluebery la..xterpk pulak nak letak kaya!huhu oklah kalau camtu minggu ni boley buat...yeayyy...

M@Ri@M said...

dila..sila la buat.senang jek.haha.akak mls nk beli filling.ari tu pk kalo x cukup filling kaya..nk pki filling choc nutela tu jek.hahaha. pastu dgn 3 biji telur dpt kt 80biji.muai tu beb!cuma rajin ngn x jek la.hehe

Nuffnang Ads

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...