Nuffnang Ads

Friday 26 August 2011

Umrah ~ Ziarah Mekah

Kami berkesempatan menziarahi beberapa tempat sebelum kedatangan Ramadan

berlatarbelakangkn Gua Hirak

dihadapan Jabal Rahmah ~ tempat pertemuan Adam & Hawa
Ya All..ko panjangkn la jodoh ako & suami ku...di dunia & akhirat..amin!

naik unta di Jabal Rahman...Aqil love it!

ziarah arafah

ziarah mina...tempat org melontar jamrah ketika musim haji

suasana di hadapan Masjidilharam Mekah selepas solat Terawih

Me & Ayah......berlatarbelakangkn Kaabah

Posing di dataran Masjidilharam

kediaman sekitar Masjidilharam

my little hero

Masjid Terapung Jeddah

Umrah ~ Mekah Al Mukaramah

~28-July~
Kami memulakan perjalanan lebih kurang pada pukul 3ptg.
Tidak Sampai stgh jam perjalanan, kami sampai di Bir Ali utk berniat di miqat
Masjid Bir Ali

Perjalanan dr Madinah menuju ke Mekah memakan masa hampir 7jam. Sepanjang perjalanan, hati berdebar-debar memikirkn apa bagaimanakah keadaan di sana. Sama tak seperti apa yg didenga. Dalam hati berdoa moga ALLAH sentiasa permudahkan urusan kami disana.
Kami berhenti makan & solat magrib di salah sebuah R&R di sana. Makan nasi dalam talam.hehe.
Seperti yg disunatkn, Ustaz Anwar mengetuai kami dalam melaungkn

Labbaikallahumma labbaik,
Labbaikala sharikala kalabbaik,
Innalhamda wanni'mata laka walmulk,
La sharikalak

Hambamu datang menyambut panggilan-Mu,
Ya Allah hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu
Sesungguhnya segala puji-pujian dan nikmat
dan kerajaan adalah kepunyaan-Mu yang tiada sekutu bagi-Mu

Hati dh terasa sebak masa ni. Ya ALLAH, ako bersyukur kerna diberi peluang untuk menjejakkan kami ke tanah suci mu Ya Allah..........

Tiba di Mekah sekitar jam 10mlm, kami terus diberi bilik hotel & check in.
Umrah kami akan bermula pada jam 12tghmlm. Since aku uzur, aku la yg stay kt hotel menjaga hero ku Aqil Mirza & 2 org anak saudara sementara yang lain meneruskn ibadah umrah mereka yg tamat kira-kira jam 2pagi.

Ada hikmah gak ako uzur ni, sekurang-kurangnya kami tidak perlu mengheret anak kami yg sedang nyenyak tido ke Masjidilharam. Pada masa yg sama, masa ihram ako terlalu lama. Byk pantang larang yg perlu ako jaga sampai nak mandi pun tak berani basuh rambut sebab dikhuatiri rambut gugur.
Alhamdulillah, menjelang hari ke-2 ramadhan, ako dh boleh berpuasa dan menjejakkan kaki wat pertama kalinya di Masjidil Haram Mekah

keadaan dihadapan Kaabah selepas solat Zohor di bulan Ramadhan

Pertama kali memandang Kaabah, hati terasa sayu sgt dgn kebesaran mu Ya ALLAH
sebak hati memang tak terkata...hannya ALLAh lebih mengetahui.
Aku bermohon & berdoa agar ini bukan yg pertama dan terakhir utk ku menjejakkan kaki disana..AMIN

bergambar kenangan di dalam MasjidilHaram selepas solat Asar

Peluang menjalani ibadah disana terutamanya dalam bulan Ramadhan memang takkan ako lupa kn. Suasana sgt meriah dan kawasan Masjidilharam tidak pernah sunyi. Terasa semangat yg berkobar-kobar tiap kali bersiap untuk ke masjid. Walaupun mempunyai seorang anak kecik berusia 2thn stgh....tetapi itu tidak menghalang kami dr menyempurnakan ibadah kami. Alhamdulillah kenakalan & keaktifan Aqil masih dapat dikawal dan tidak mengganggu ibadah kami

Sejak kembali ke Malaysia, Aqil selalu ckp..Aqil nak pergi Mekah. Nak tengok Kaabah :-)


Thursday 18 August 2011

Madinah ~ Raudhah

26 & 27 July 2011

Sebelum menjejakkan kaki ke Madinah, selalu dengar org cerita psl Raudhah & ziarah makam nabi.
teringin sgt nk ke sana. pada mlm ke-2 kami disana, mutawif berjanji utk menunjukkan kami bagaimana utk ke raudhah. tepat jam 10.30mlm kami berkumpul di lobby hotel dan berjalan bersama-sama menuju kt Masjid Nabawi. Ikut kta mutawif, laluan ke raudhah, kami perlu masuk mengikut pintu Umar Al-Khatab (kalo x silap la. x buat catatan..lupe jek.hehe :-) )
sesampainya kami disana, pekerja wanita masjid dh tutup pintu utk ke Raudhah. Kami tetap sabar menunggu dgn harapan mereka masih memberi peluang kepada kami kerana hari masih muda. Yang x boleh tahan makcik2 tukkey yg berkeras nk masuk dan cuba utk merempuh bentang pekerja tu :-) Paling x boleh tahan, ada ker dia suruh kami sma2 merempuh.hahaha....tidak la kan. We are Malaysian. Very polite and patient people la. takkan nk rempuh jek. akhirnya, malam tu kami pulang dengan penuh ke hampaan. huhuhu
Esoknye kami ke masjid seawal jam 11pagi demi memastikn peluang kami ke Raudhah pada hari itu lebih cerah. Selesai solat zohor, kami sabar menunggu sehingga pekerja wanita memberi isyarat signboard "Bahasa Melayu" bagi mengumpulkan orang-orang Asia macam Malaysia, Singapura & Indonesia.
Yg menariknye, ketara sungguh perbezaan org2 kte dgn bangsa lain. Org2 kita lebih sabar dan tenang menunggu berbanding yg lain sibuk bertolak2 dan berasak2.
Alhamdulillah setelah sejam menunggu tiba la giliran kami memasuki Raudhah.
Hati terasa sayu sangat. Bersyukur tak terhingga dgn pelaung yg diberikan.
Air mata keluar tanpa sedar membasahi pipi.
Ya ALLAH...terima kasih atas peluang ini...hati sayu mengenangkn pengorbanan Nabi Muhammad S.A.W
selesai berdoa, niat dihati kami nak menziarahi makam nabi. tapi apa kan daya makam tidak dibuka utk kaum wanita ziarah pada ketika kami disana.
kami menunggu sehingga solat asar. selesai solat, kami pulang ke hotel semula.
kaum adam yg diminta membungkuskn kami makanan rupanya gagal melakukan tugas tersebut. penyudahnya, kami dpt mkn KFC Madinah.hehe. sedap sgt rempah kfc original dia :-)
ketika ako bersiap utk ke masjid bagi menunaikn solat magrib, ako dapati ako uzur.
waarrggghhhhh...sedeynye! esok dh nk ke mekah. ni la ujian ALLAH. tapi rasa syukur sesangat sebab semapt menjejakkan kaki di Raudhah.
Ya ALLAH, moga ini bukan yang pertama dan terakhir. AMIN!

Tuesday 16 August 2011

Umrah : Madinah ~ Ziarah

Sepanjang berada disana, kami berkesempatan utk menziarahi beberapa tempat.
antara tempat yg menarik yg sempat kami kunjungi

Masjid Quba

Bukit Uhud

Masjid Qiblatan

Lapangan Magnet

Kilang Percetakkan Holy Quran
(perempuan tak boleh masuk..kena la kami menunggu kaum adam kt luar sambil berposing..hehhe)

Umrah : Madinah Al Mukarmah (25-July ~ 28-Aug)

Alhamdulillah setelah puas merancang and berubah plan beberapa kali, akhirnye kami berjaya menjejakkn kaki ke Madinah Al Mukaramah. Kehadiran kami di sambut oleh Mutawif kami Ustaz Anwar yg berasal dr Medan, Indonesia.

Kami menetap di Durrat Al Feyroz Hotel. Alhamdulillahh...sgt selesa & tidak jauh dr Masjidilharam Nabawi



Hati sangat kagum dan terpesona dengan keindahan Masjid Nabawi yg juga dipanggil Masjid Nabi.
Seronok rasanya dapat menunaikn solat 5 waktu disana walaupun membawa anak kecik yg berusaha 2thn stgh. Betul la kata org..urusan kte sentiasa dipermudahkn. Walaupun terpaksa berikat di kaki masa time solat, tapi ini membantu supaya kte kusyuk dlm solat tanpa memikirkan mana anak pergi dalam keadaan jemaah yang semakin ramai dari hari ke hari.



Thursday 11 August 2011

Umrah : From KLIA to Bahrin (24-July)

Semuanya dh ready..tunggu ms nk bertolak jek
Kami menaiki flight GulfAir dari KLIA ke Bahrin jam 7.50mlm
Semua org teruja dah x sabo nk g..hehe
xtau pe nk cite...layan je la gambo2 spjg kt airport & bahrin 

berderet-deret bagi kami semua.hehehe

ni la ahli rombongan perempuan kami.hehehe

aqil posing dgn cousins b4 departure


oh...thanks to this equipment..or else aqil mmg x leh dok diam.huhuhu

hotel @ Bahrin

tv pn beso tu. tp semlm jek..x smpt nk menikmati pape.kekke

kt airport semtara tunggu flight ready

the flight is ready

oh..nngk la happy face aqil tu. bahagia sungguh asyik turun naik aeroplane jek.hehehe

Wednesday 10 August 2011

Salam Ramadhan

Salam Ramadhan semua. dh hari ke-10 x menyempat2 nk update blog.
byk menda nk story psl umrah trip tu.
alhamdulillah semuanya berjalan lancar & selamat.
Seronok x terhingga! x tau nk express cmne.
Sambung next entry la. byk plak menda nk kena wt seletah 2 minggu bercuti.huhuh



Nuffnang Ads

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...