Nuffnang Ads

Showing posts with label pregnancy. Show all posts
Showing posts with label pregnancy. Show all posts

Tuesday, 19 June 2012

Preparation Berpantang

Just nak share apa planning ako untuk pantang kali ni.....
So far memang this time decide tak nak amik pape jamu....
sebabnya....ms yg Aqil dulu memang tak leh makan jamu sebab Aqil G6PD
so sangat la membazirnya set Sendayu Tinggi yang ako beli beratus-ratus tu.huhuuh

Jadi untuk kali ni.....ako cuma prepare few things yang ako rasa dh memadai :-)

1) Shaklee Product (utk confinement) RM110 (utk 40days)
    Ada B-Kompleks, Vitalea, Vitamin-C, Zinc + Alfalfa


Vitalea with iron formula
Memandangkan ibu2 kehilangan banyak darah sewaktu melahirkan maka ibu2 perlulah memastikan pengambilan makanan yang seimbang dan berkhasiat agar dapat menggantikan semula darah yang keluar semasa proses melahirkan. Zat besi sangat penting dalam pembentukan sel darah merah. Kekurangan zat besi boleh menyebabkan ibu kelihatan pucat, letih , lesu dan tak bermaya. Bagi ibu yang mempunyai niat menyusukan anak perlulah memastikan pengambilan zat besi dititikberatkan agar pertumbuhan dan pembesaran anak adalah sangat baik.

B complex
Ia juga perlu dalam penghasilan sel darah merah di samping ia membantu menstabilkan hormon badan manusia. Kekurangan B complex boleh menyebabkan ibu yang di dalam pantang mengalami gangguan emosi atau lebih dikenali sebagai meroyan. B complex sangat penting membantu kita menjadi bertenaga dan emosi turut lebih seimbang.

Vitamin C 500mg sustained release
Vitamin C Shaklee adalah berkonsepkan pelepasan masa. Ia akan melepaskan vitamin c secara sedikit demi sedikit mengikut keperluan badan. Memandangkan vitamin C adalah jenis vitamin larut air maka konsep pelepasan masa ini sangat bagus demi memastikan badan kita sentiasa cukup vitamin c dalam meningkatkan antibodi secara berterusan. Vitamin C sangat perlu dalam membantu badan pulih dari proses kelahiran.

Zinc
Ianya adalah antara galian yang sangat penting dalam membantu proses pemulihan. Zinc membantu mempercepatkan proses baik luka dalam badan kita. Ikan haruan antara makanan yang kaya dengan zinc. Pengambilan zinc bagi ibu yang menyusu turut memberi kesan pada bayi di mana ia membantu anak yang disusukan membesar dengan baik dan mengikut graf pembesaran bayi.

Alfalfa
Ianya boleh diambil di dalam pantang terutama bagi ibu2 yang mempunyai masalah susu lambat dihasilkan. Alfalfa berfungsi mempercepatkan penghasilan susuibu. Namun perlu diingat kerana pengambilan yang berterusan tanpa sesi perahan atau penyusuan secara langsung oleh bayi boleh menyebabkan duktus susu tersumbat dan akan menyebabkan ibu demam teruk. Maka pengambilan alfalfa memerlukan pengambilan air yang sekata dan seimbang serta sesi perahan atau penyusuan secara langsung yang berterusan dan konsisten akan mendapat hasil susu yang diharapkan. insyaALLAH.

2) House Of Healin : Gamogen Premium (RM120)

Gamogen Membantu :
  • Mengurangkn sakit sendi, urat & otot
  • menganjalkan kulit, menjadikan kulit awet muda
  • meningkatkan daya tahan badan
  • mengelakkan salur darah tersembut dan melancarkan perjalanan darah
  • mencegah pembekuan darah (sakit jantung, stroke)
  • membaiki salur darah tersumbat (jantung, stroke)
  • mencegah kanser
  • menurunkan tekanan darah
  • meredakan bronchiolitis, resdung, batung berpanjangan
  • aland hulit/ekzema
  • penyembuhan luka luaran & dalaman
  • membantu pesakit kencing manis
  • membantu masalaha kemandulan
  • mengatasi kurap dan panau
  • mengurangkan debaran jantung
  • meredakan radang dan menyurutkn bengkak
  • lela, bronchitis
  • rasa tak selesa
3) Suria Secret : Ramping Balm (untuk krim sapu) (RM42)

Kelebihan Ramping Balm:
  • Mampu menurunkan Berat Badan dalam jangkamasa singkat
  • Khusus untuk mencairkna lemak
  • Membuang lebihan air dan angin dalam badan
  • Penawar utk Gout, sakit pinggang dan sendi, darah tinggi, penat, lelaj, migraine, sengugut
  • Penawar kanak-kanak kencing malam
  • Untuk Wanita lepas bersalin

  • Note : since byk sgt dpt msg tnya psl balm ni...pekata uolls semua g kat link FB (En Amir) ni..tanya direct kt dealer dia k. Sy beli ngn member baik tu yg ada offer skit harga dia.hehe

4) Pek Mandian Herba (http://mysetbersalin.com) (RM 11.90 per pek)
    
Khasiat serai wangi pada wanita yang berpantang lepas bersalin :


  • Menghilangkan bau hanyir dan bau badan selepas bersalin
  • Menyegarkan badan yang rasa sakit-sakit
  • Aroma daun tu bila di rebus umpama terapi dan menghilangkan rasa stress.
  • Memanaskan badan yang rasa sejuk-sejuk

Thursday, 14 June 2012

Mari Merebus

Mari merebus milk storage bottle...hehe...dalam bahasa omputih....sterilizer..kekekek..
atas dapur sudah...tak yah bazir-bazir beli sterilizer warmer la pe la...unless memang banyak budget la kan.hehe

sedar tak sedar ada la dkt 40biji milk storage bottle (Autumnz, Bumble Bee & Medela) + 5 kotak milk storage linear (Autumnz) untuk Little Mirza.

So ni acara terakhir...rasanya lain semua settle dah kot....



Tuesday, 12 June 2012

Beg Hospital

dah masuk 37weeks, beg hospital baru jek kemas...tapi x masukkan dalam kereta lagi.hehe.
anyway...ni list yg mama buat berdasarkan pengalaman 1st dlu :-)

beg pump + beg hospital


Little Mirza’s Checklist
  1. Pampers New Born
  2. Baju Baby (6psg)
  3. Mitten & Booties (6psg)
  4. Barut bayi (3 helai)
  5. Baby Toiletries
  6. Baby wipe
  7. Krim diaper
  8. Minyak telon
  9. Topi
  10. BabyBlanket
  11. Baby Towel
Actually baju baby memadai 2 pasang sahaja. Tapi since Aqil Mirza ada G6PD, so potential utk Little Mirza ada pn sangat tinggi. Doc Azmi cakap, 3 dari 4 kelahiran anak lelaki mungkin akan ada G6PD. Tapi depends on Papa carrier ke tak. Since en asben pn x pernah check…mmg tak tahu la kn.Jadi standby jek la bju utk 3 hari. Sebab kalo G6PD baby kena dok spital at least 5 hari. Untuk pastikn dia bebas dari Jaundice. Jaundice boleh menyebabkn sel darah merah cepat pecah.

Mama’s Checklist
  1. T-Shirt + Baju Nak Pakai Balik
  2. Kain Batik
  3. Sweater & Tudung
  4. Pakaian Dalaman
  5. Stokin
  6. Tuala
  7. Toiletries
  8. Maternity Pad / Overnight Pad
  9. Breast Pad
  10. Breast Pump 

Add Items
  1. Kurma & Air Zam zam
  2. Kudapan..hhahhaha
  3. T-shirt Papa
  4. Baju Aqil 2 pasang (Day & Night)
Items 3 & 4 ni sekadar standby incase tak sempat nk drop Aqil kt umah along atau perasaan bersalin dtg tgh2 mlm buta which mmg kena angkut Aqil g hospital sekali.
Almaklum la…..org parents & in law jauh cmni la.
Survival! hehehe

Thursday, 7 June 2012

@ 36 Weeks

Semalam check-up FPP dgn Dr Azemi @ 36weeks

Baby Weight = 2.18kg
Mama Weight = +1.3kg (total increase 13.3kg..waarrgh)
Water Bag Qty = semua ok
Estimated Delivery Weight = 2.3 - 2.7kg


Ari tu tak sempat wt 4D scan...sume full jek. last2 decide tak buat pn.huhuh.
tapi semalam Dr Azmi scan kn 4D sebab nk bg Abg Aqil nengok Little Mirza.
Aqil ckp "idung baby kemek" hahaha...tak sedar...dia pn sama...
tapi baby dok cover muka jek. x la clear sgt. tp ok gk la kn..hehe



ni xtau la bacaan pe yg doktor amik.hahaha.
doc ckp details dia
so far..alhamdulillah semua ok. cuma doc ckp baby kecik jek la.
tapi dh lepas 2kg...still ok.
mudah-mudahan segalanya dipermudahkn....
OMG...beg spital tak kemas lagi pun.hehehehe

Tuesday, 29 May 2012

Kembang Setaman

korg ado??????????????


giler bengkak cam kaki anak gajah kan.hahahahha
time Aqil dlu idok ler seteruk ni.
kali ni utk 2nd Mirza ni, seawal 33 weeks kaki ku dh membengkak dengan jayanya.
tak nak susut-susut lak tu.huhuhuh
tu baru kaki..lum cite kembang kt tempat lain.hahaha
cuma yg paling best....2x peggy ni memang xde strecth mark kt perut.hehe

5 weeks more to go..gambate mariam!
ako dh rasa cm anak gorilla + anak gajah pn ada.hahahaha

Monday, 28 May 2012

Check List

Dah lama gilers nk wt check list ni..walaupun utk anak no.2..check list kena ada ye..

Almaklum la…selepas 4thn…semua cam start all over again.hahahahha
Kdg2 ada jek menda yang ako teroverlook…so dengan ada nye checklist ni memudahkan la skit kerja-kerja ku. Basically boleh dikatakn semuanya hampir complete…
Clothes
*
Long sleeve/short sleeve/sleeveless rompers ßrecycle aqilnye + baru
* Baju tidur
* Baju lubang2
* Mittens + booties
* Barut
ß time aqil nye dh byk..dh tmbh beberapa helai jek lagi
* Bedung
ß tetiba gatal nk beli wrap me tu…silap2 at the end bedung ngn kain batik gk lg sedap.hehe
* Baby laundry detergent


Baby Care
* Bath tub/basin
ß recycle J
*
Baby shampoo/bath/lotion/talcum
* Diaper rash cream (drapolin)
* Cotton buds
* Towels
* Changing mat
ß recycle J
*
Baby wipes
* Brush & comb
* Mamy Poko diapers
* Minyak telon
ß Kali ni sje try telon plak. Dlu biase beli yuyi.hehe

Feeding
* Breastpump ß Arrived. Purchase my 2nd unit of Medela Freestyles from Ajasu
* Storage bottles ß dh ada kt 40 botol + 5 kotak Linear Autumnz
* Feeding bottles
ß ni x beli lg. tp nk beli brand MAM jek


Beddings
* Mattress set ß Aqil punya sgt elok lg. tp hati gatal nk order bru sbb nngk org wt online lawa2 gilers.adoi! order from Ummi Craft Zone .tp lambat lg sampai.silap2 baby dh kuar baru siap.hehehe
* Blanket
* Mosquito net
ß recycle J

* Baby bouncer
ß recycle J
Travel
* Stroller + car seat
ß recycle J Aqil punya semua elok lg. Almaklum la..papa nk jimat cermat.pas pki siap wrap lg.hahahhaa


For Me
* Disposable & washable nursing pads ß disposable sponsor by Farah. Hahaha. Yg washable dlu nye stok sgt elok lg.hehe
* Nursing bras
ß erm..x perlu sgt kot. Dlu ada sehelai jek pn.hehe
*
Nipple cream ß dpt FOC beli pump ngn Ajasu
* Maternity pads
* Socks
ß dh byk stok stoking kt umah.hehe
* Disposable briefs
ß x beli sebab x suka pakai.hehe.dlu beli ms aqil pn pki sekali jek.huhu
* Set bersalin
ß Standby Suppliment Shaklee Set Confinement J

* Gammogen Gamat Healing ß adoi..x beli lg..
* Krim Sapu utk pki sebelum bengkung ß dh beli ngn my ex-collegues in JB..Ramping Balm

Thursday, 24 May 2012

At 34 Weeks

Pejam celik..dah 34 minggu dah...6minggu jek lagi tinggal.
Kalau Aqil dlu at 38 weeks dh keluar. Dia memang x sabo nk nengok mama & papa dia.hehe


So far, Alhamdulillah 2nd check-up semalam dengan Dr Azmi (FPP, Putrajaya) semuanya ok.
Baby sihat, dah pusing ke bawah, air ketuban semua ok..dah 2kg pun.
Doc siap kira jari semua sambil Aqil pn tolong sama kira.hahahhaha.

Yang pasti another MIRZA is on the way...
Memang confirm terang jelas & nyata lagi sebab semalam baby mirza sorg lg ni dok terkangkang menayangkan bird & batu dia.hehehe
paling scary...berat dh naik kat 11 kg ni.adoii!!! dh ler berat pre-pregnant mmg dh berat pn.hahahha....harap2 la berjaya turun cepat skit macam time Aqil dlu...
tp byk member ckp anak no.2 liat sikit daa....adoooiii!!!
pasni kena la pikirkn cara2 nk goda en mija suponsor g slimworld...hahahahahhahaha

Mudah-mudahan dipermudahkan la bersalin kali ni macamana yg dilalui ms melahirkan Aqil Mirza 21-October-2010 dlu..
Amin :-)

Lepas check-up semalam..terus layan Avengers kt Alamandar
Best ooo!!!!
Aqil lg best...nengok awal ngn akhir jek....tgh2 tdo. hahhahah
aman dunia...kalo tak suara dia jek denga tanya mcm2 soklan.hehehe

Thursday, 29 March 2012

Booking Hospital : FPP Putrajaya

hai...kusut tul memikirkan hospital yang manjang full jek sepanjang tahun ni..hohoho. semua orang nak baby dragon kot. tu yg full tak hingat.termasuk la ako.heheheheheh

setelah memikirkan banyak faktor, so kami decide nak pilih FPP (Full Paying Patient) Hospital Putrajaya. Ala-ala private spital tapi dekat hospital kerajaan.hehe. Selain Putrajaya, Hosp Selayang, HUKM ngn UM pn ada tawarkan pakej cmni gak. tapi tak tau la range harga dia sama ke tak.


Faktor kepada pemilihan FPP ni :

* tak nak kena tolak2 g spital lain - lately ni putrajaya selalu full. Pastu dia tolak la ke HKL atau HUKM which is sgt la jauhnya nak g sana.hoohoho.
* budget - kos bersalin normal standard private, czer murah lg dr private hospital 
* baby g6pd - since Aqil dlu G6PD, so ada possibality gk kali ni pn sama (hopefully x la) Which means, ako kena dok spital seminggu. Kalo under FPP, kalo baby problem akan terus charge under normal wad. kos bersalin sahaja yang di kira private. ok la kn. Hubby pn x jauh nk ulang alik.huhuhu
* ako tak pernah bukak buku merah gomen
* dekat ngn umah alongku. emergency leh pos aqil kt umah along.hehehe

Kelmarin call FPP untuk booking (03-83124316), GM Idayu yang entertain. 
Ikut list dia, cuma Dr Azmi & Dr Hadzim jek yg ada kekosongan.
Dr Hamidah & Dr Noraihan dah full schedule.
Since my besties, Farah advice Dr Azmi better, so decide utk book Dr Azmi.

Smlm GM Idayu bg confirmation utk 1st check-up dgn Dr Azmi, 3rd April kul 2ptg.

Bayaran yang dikenakan utk FPP ni
* 1st time check up - RM110
* Follow-up check-up - RM60
* Deposit - RM 3000. Bayo ms admitted spital. kalo total cost lg rendah..wang akan dikembalikn :-)

for more detials, leh la nngk link FPP ni

Ya Allah, kau permudahkan la urusan bersalinku kali ini..Amin!

Tuesday, 20 March 2012

My tummy at 23rd Week

last check-up on 10-Mac (lama dah..bru nk update) kt Jameaton Klinik kena minum air gula....since ibu ada GDM carrier kn....so i dgn baik ati nye declare kt doc ada family history. hohohoh.
along ku lg bijaksana...lgsg x declare & since berat dia naik x mendadak....x pernah plak dia minum air gula tu spjg 3x peknen..hohohooh.
ni kira my 1st experience. ms aqil dulu xde plak ibu ada history GDM tu.hehe
kalo ikut kata member2 yg pernah minum air gula....cm nk muntah la..mcm2...kecuali Farah (minah ni mmg selalu lain dr lain)..dia jek sorg ckp ok jek.hahahhaha
tapi sesungguhnya...mmg ok pn! kekeke.
erm.....rs glukos je. xde la sampai level nk muntah kn
tak tau la kot sbb ako berpuasa semalaman kn...so sgt lapo pagi2 tu belasah jek air gula tu dengan enak nya.hahhahahahaha


so far alhamdulillah, baby grow as it is.
My EDD date remain excatly the same dgn date yg I bg kt doc, 6-July-2012.

doc tanya, u dah tau gender baby? nk tau tak? of cosh la dgn pantasnya jawap nak.hehehe senang nk prepare pape yg patut :-)
godeh punya godeh........doc ckp mcm boy.....ya itu dia....BoboiBoy.....hahahha.....
Hubby ckp bertambah la geng bola dia......
Aqil plak asal pegang perut jek ckp ni Baby Girl dalam ni. haha.
sejak bila pulak dia nk baby girl xtau la. ms mula2 ari tu sibuk ckp nk baby boy.hehehe
x kisah la kn..girl ke boy ke...moga sihat sempurna hendaknya.
since our target memang nk menambah ahli keluarga by this year, kalo girl kira bonus jek la. dh ada dalam perut pn bersyukur sangat2 :-)

in fact, skrang ni dh 25wks baby sgt aktif. rasa cm lg aktif dari Aqil dlu
waaaggghhhh.....wajib la pasni mama training jadi tarzan hari-hari...hahahha

Wednesday, 14 March 2012

Ronda Maternity Expo

Sabtu lepas.....pujuk hubby nak g Maternity Expo kt Mid Valley.
sebabnya tak pernah g pun.hahah. kekonon cm teringin bila denga member cite byk brg best2.
siap wat list nak beli apa dkt hubby dgn harapan berbaloi-baloi la pergi.haha

sampai sana kul 12 lebih...hohoho....org sgt2 ramai.......expo plak pki hall kecik jek.hukhukhuk
makcik keciwa....x byk choice sgt pn. since byk brg yg dh ada ms time aqil ari tu....plan cuma nk cari menda2 biasa jek la. harapan ada la promo stroller yg best2 ke kan.hohoho

at the end...ni jek la brg2 yg dibeli...hehehe


1) Hug Me adjustable baby wrap RM30  <-- survey online ke kedai ke mostly harga dlm rm40 ke atas
2) Autumnz Breastmilk Storage Plastic 12oz RM9 (25pcs) <-- nyesal beli 2 kotak jek.huhu. balik2 member ckp plg murah takat ni RM15 for 25pcs.huhu. survey online brand sma pn RM12.90
3) Autumnz Milk Storage RM30 (10pcs) <-- ni mmg x nk beli byk sbb nk jimat space. MLO dlu pn ada lg
4) Tungku Baby Rm15 <-- sje jek beli.senang nk tuam kt pusat baby nnti.haha
5) Bengkung Baby RM7.50 (1pcs) <-- menambahkn koleksi yg sedia ada.hehe

tu jek la yg sempat grab pn. Aqil dh bising ajak kuar dr tempat yg sgt sesak lg menyesakkan tu.huhuhu

Nuffnang Ads

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...