Nuffnang Ads

Showing posts with label umrah. Show all posts
Showing posts with label umrah. Show all posts

Wednesday, 7 September 2011

Apa Yg Menyebabkan Sy Join Shaklee??

Awal pregnant yg ke-2, saya rasa bdn cepat sgt letih walaupun di awal kehamilan.
Masa tu dh terfikir nak cari suppliment tambahan since umur pn dh berada dipenghujung 20-an.hehehhe
Tak lama lepas tu...Doctor detect pasal Cyst pulak. My bestfren Farah, rekemen soh tanya pada member dia Rin pasal suppliment Shaklee yang boleh membantu mengecutkn cyst.
Tapi masa tu memang la x menyempat2 nk survey sbb Doc dkt putrajaya & KPJ ckp cyst terlalu besar (5cm x 7cm) so tetap kena buang. x boleh tunggu lama sgt. takut dia membesar bersama-sama baby.
Masa tu pulak, ditakdirkn baby yg dikandungkan cuma sempat membesar seketika (12wks) dlm rahim ku :-(
Betul la kata org, setiap berlaku ada hikmahnya. kalo x sebab pregnant ako pasti x tahu pasal cyst yg membesar kerana langsung tidak ada sebarang tanda & sakit.

3 minggu hospitalization leave, masa tu ako terfikir utk mencari suppliment yg sesuai.
terus email-email Rin (bestfren farah) and survey2 suppliment yg nk dimakan & sesuai ketika mengerjakn umrah. Hasilnya....Set Optimum Health (set A) jadi pilihan kami 3 beradik :-) (ako la yg tukang promote)
Dengan mengamalkn pemakanan vitamin ni, alhamdulillah badan terasa segar sepanjang mengerjakan umrah . Kami  3 beranak sihat tanpa batuk, selsema & demam termasuk la anakku yg bru berumo 2thn stgh.  Set A ni jugak membantu ako ketika menjalani ibadah puasa di Mekah & di Malaysia.
Sekembali ke Malaysia, setiap hari ako bangun pagi seawal pukul 4.30. Memasak utk sahur, solat, mengaji & bersiap utk ke pejabat. Sekembali dari kerja, rush amik Aqil, memasak utk berbuka, melayan anak bujang sorg tu, berterawih dan hanya mampu merehatkn diri seawal jam 12mlm.
memang terasa sgt-sgt letih. Alhamdulillah vitamin shaklee membantu utk badan kembali segar & bertenaga sepanjang hari.

Set A mengandungi Vitamin C, Multivitamin (Vita-Lea) & B-Compleks

Ako juga mencuba Performance Drink. Sgt sesuai ketika cuaca panas terik macam kt Mekah tu.
Siap share dgn semua ahli keluarga. Sedap rasanya dibancur dgn air Zam Zam.
Dgn keadaan terik 54degrees kami menjalani ibadah puasa. Alhamdulillah berkat doa & PD, semuanya tidak terasa langsung dihidrat. Alhamdulillah


Dalam pada masa yg sama, ako survey gak pasal Weight Loss nye suppliment :-)
Teruja membaca entry psl Lecithin yg Rin post dlm blog dia, macamana Lecithin berfungi utk memecahkan lemak..hehe. terus order Lecithin & Cinch utk try.
Alamdulillah, ako loss weight 2kg dlm ms 1wk. and another 2kg lg the next week.
Cuma masa wt umrah x konsistant mkn. Sekarang ni lepas raya...continue blk makan. mudahan2 berjaya la.heeehehe



Sedikit info pasal Vitamin Shaklee

Vitamin B Complex
Vitamin B complex adalah vitamin yang paling utama dalam mengatasi kelesuan dan tekanan. Vitamin B Complex yang lengkap mengandungi 11 jenis vitamin B yang memberi sokongan kepada badan, dari segi kesihatan fizikal dan juga mental. Vitamin B complex mempunyai elemen yang meningkatkan metabolisma, tenaga dan kesihatan otak.
Vitamin C
Menguatkan imuniti tubuh dan menghalang jangkitan. Ia menghindarkan tubuh daripada kelesuan yang diakibatkan oleh tindakan virus dan bakteria terhadap sel tubuh.

Vita-Lea
Makanan tambahan yang seimbang dan paling komprehensif di dalam sains Shaklee yang mampu dimiliki. Vita-Lea diformulasikan khusus dengan 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh orang dewasa. Mengandungi lebih nutrien, tenaga dan perlindunganPakar kesihatan mencadangkan semua orang dewasa mengambil makanan tambahan harian bagi menyokong kesihatan secara menyeluruh. Walau bagaimanapun, pengambilan makanan tambahan biasa menyebabkan tubuh mendapat nutrisi yang tidak seimbang. Vita-Lea adalah formulasi premium yang disokong oleh tujuh kajian klinikal serta turut menggabungkan ramuan-ramuan terbaik dan kualiti yang luar biasa.

Lecithin
Asasnya, lecithin berfungsi sebagai 'pemecah lemak' (fat emulsifier). Lecithin didapati daripada tisu haiwan dan tumbuh-tumbuhan seperti jagung, telur dan kacang soya.
Kegunaan lecithin,
 Bekerja atau bersukan menyebabkan kekurangan nutrisi penting dalam tubuh. Shaklee Performance merupakan pilihan paling ideal yang berupaya menghidrat lebih cepat berbanding air dan membekalkan tenaga untuk kegiatan harian anda.


  • Untuk proses metabolisma, kolesterol, triglycerides dan lemak darah (blood lipids). 


  • Memecah serta mencairkan lemak terutama kolestrol.


  • Menurunkan total serum cholesterol dan meningkatkan kolesterol baik (HDL).


  • Membantu kawal paras triglycerides.


  • Membantu memecahkan lemak badan dan mengurangkan lemak yang tersendat di pembuluhan-pembuluhan darah.


  • Mengurangkan kesan buruk yang wujud dari masalah kolesterol




  • Performance Drink
    ·  OptiCarb pilihan eksklusif untuk tenaga yang berpanjangan
    · Membekalkan bendalir dan elektrolit yang penting untuk membantu mencegah penyahidratan*
    · Terbukti secara klinikal dalam memelihara paras gula dalam darah yang penting bagi tenaga, otot dan paras bendalir yang perlu bagi penghidratan yang wajar


    Friday, 26 August 2011

    Umrah ~ Ziarah Mekah

    Kami berkesempatan menziarahi beberapa tempat sebelum kedatangan Ramadan

    berlatarbelakangkn Gua Hirak

    dihadapan Jabal Rahmah ~ tempat pertemuan Adam & Hawa
    Ya All..ko panjangkn la jodoh ako & suami ku...di dunia & akhirat..amin!

    naik unta di Jabal Rahman...Aqil love it!

    ziarah arafah

    ziarah mina...tempat org melontar jamrah ketika musim haji

    suasana di hadapan Masjidilharam Mekah selepas solat Terawih

    Me & Ayah......berlatarbelakangkn Kaabah

    Posing di dataran Masjidilharam

    kediaman sekitar Masjidilharam

    my little hero

    Masjid Terapung Jeddah

    Umrah ~ Mekah Al Mukaramah

    ~28-July~
    Kami memulakan perjalanan lebih kurang pada pukul 3ptg.
    Tidak Sampai stgh jam perjalanan, kami sampai di Bir Ali utk berniat di miqat
    Masjid Bir Ali

    Perjalanan dr Madinah menuju ke Mekah memakan masa hampir 7jam. Sepanjang perjalanan, hati berdebar-debar memikirkn apa bagaimanakah keadaan di sana. Sama tak seperti apa yg didenga. Dalam hati berdoa moga ALLAH sentiasa permudahkan urusan kami disana.
    Kami berhenti makan & solat magrib di salah sebuah R&R di sana. Makan nasi dalam talam.hehe.
    Seperti yg disunatkn, Ustaz Anwar mengetuai kami dalam melaungkn

    Labbaikallahumma labbaik,
    Labbaikala sharikala kalabbaik,
    Innalhamda wanni'mata laka walmulk,
    La sharikalak

    Hambamu datang menyambut panggilan-Mu,
    Ya Allah hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu
    Sesungguhnya segala puji-pujian dan nikmat
    dan kerajaan adalah kepunyaan-Mu yang tiada sekutu bagi-Mu

    Hati dh terasa sebak masa ni. Ya ALLAH, ako bersyukur kerna diberi peluang untuk menjejakkan kami ke tanah suci mu Ya Allah..........

    Tiba di Mekah sekitar jam 10mlm, kami terus diberi bilik hotel & check in.
    Umrah kami akan bermula pada jam 12tghmlm. Since aku uzur, aku la yg stay kt hotel menjaga hero ku Aqil Mirza & 2 org anak saudara sementara yang lain meneruskn ibadah umrah mereka yg tamat kira-kira jam 2pagi.

    Ada hikmah gak ako uzur ni, sekurang-kurangnya kami tidak perlu mengheret anak kami yg sedang nyenyak tido ke Masjidilharam. Pada masa yg sama, masa ihram ako terlalu lama. Byk pantang larang yg perlu ako jaga sampai nak mandi pun tak berani basuh rambut sebab dikhuatiri rambut gugur.
    Alhamdulillah, menjelang hari ke-2 ramadhan, ako dh boleh berpuasa dan menjejakkan kaki wat pertama kalinya di Masjidil Haram Mekah

    keadaan dihadapan Kaabah selepas solat Zohor di bulan Ramadhan

    Pertama kali memandang Kaabah, hati terasa sayu sgt dgn kebesaran mu Ya ALLAH
    sebak hati memang tak terkata...hannya ALLAh lebih mengetahui.
    Aku bermohon & berdoa agar ini bukan yg pertama dan terakhir utk ku menjejakkan kaki disana..AMIN

    bergambar kenangan di dalam MasjidilHaram selepas solat Asar

    Peluang menjalani ibadah disana terutamanya dalam bulan Ramadhan memang takkan ako lupa kn. Suasana sgt meriah dan kawasan Masjidilharam tidak pernah sunyi. Terasa semangat yg berkobar-kobar tiap kali bersiap untuk ke masjid. Walaupun mempunyai seorang anak kecik berusia 2thn stgh....tetapi itu tidak menghalang kami dr menyempurnakan ibadah kami. Alhamdulillah kenakalan & keaktifan Aqil masih dapat dikawal dan tidak mengganggu ibadah kami

    Sejak kembali ke Malaysia, Aqil selalu ckp..Aqil nak pergi Mekah. Nak tengok Kaabah :-)
    

    Thursday, 18 August 2011

    Madinah ~ Raudhah

    26 & 27 July 2011

    Sebelum menjejakkan kaki ke Madinah, selalu dengar org cerita psl Raudhah & ziarah makam nabi.
    teringin sgt nk ke sana. pada mlm ke-2 kami disana, mutawif berjanji utk menunjukkan kami bagaimana utk ke raudhah. tepat jam 10.30mlm kami berkumpul di lobby hotel dan berjalan bersama-sama menuju kt Masjid Nabawi. Ikut kta mutawif, laluan ke raudhah, kami perlu masuk mengikut pintu Umar Al-Khatab (kalo x silap la. x buat catatan..lupe jek.hehe :-) )
    sesampainya kami disana, pekerja wanita masjid dh tutup pintu utk ke Raudhah. Kami tetap sabar menunggu dgn harapan mereka masih memberi peluang kepada kami kerana hari masih muda. Yang x boleh tahan makcik2 tukkey yg berkeras nk masuk dan cuba utk merempuh bentang pekerja tu :-) Paling x boleh tahan, ada ker dia suruh kami sma2 merempuh.hahaha....tidak la kan. We are Malaysian. Very polite and patient people la. takkan nk rempuh jek. akhirnya, malam tu kami pulang dengan penuh ke hampaan. huhuhu
    Esoknye kami ke masjid seawal jam 11pagi demi memastikn peluang kami ke Raudhah pada hari itu lebih cerah. Selesai solat zohor, kami sabar menunggu sehingga pekerja wanita memberi isyarat signboard "Bahasa Melayu" bagi mengumpulkan orang-orang Asia macam Malaysia, Singapura & Indonesia.
    Yg menariknye, ketara sungguh perbezaan org2 kte dgn bangsa lain. Org2 kita lebih sabar dan tenang menunggu berbanding yg lain sibuk bertolak2 dan berasak2.
    Alhamdulillah setelah sejam menunggu tiba la giliran kami memasuki Raudhah.
    Hati terasa sayu sangat. Bersyukur tak terhingga dgn pelaung yg diberikan.
    Air mata keluar tanpa sedar membasahi pipi.
    Ya ALLAH...terima kasih atas peluang ini...hati sayu mengenangkn pengorbanan Nabi Muhammad S.A.W
    selesai berdoa, niat dihati kami nak menziarahi makam nabi. tapi apa kan daya makam tidak dibuka utk kaum wanita ziarah pada ketika kami disana.
    kami menunggu sehingga solat asar. selesai solat, kami pulang ke hotel semula.
    kaum adam yg diminta membungkuskn kami makanan rupanya gagal melakukan tugas tersebut. penyudahnya, kami dpt mkn KFC Madinah.hehe. sedap sgt rempah kfc original dia :-)
    ketika ako bersiap utk ke masjid bagi menunaikn solat magrib, ako dapati ako uzur.
    waarrggghhhhh...sedeynye! esok dh nk ke mekah. ni la ujian ALLAH. tapi rasa syukur sesangat sebab semapt menjejakkan kaki di Raudhah.
    Ya ALLAH, moga ini bukan yang pertama dan terakhir. AMIN!

    Tuesday, 16 August 2011

    Umrah : Madinah ~ Ziarah

    Sepanjang berada disana, kami berkesempatan utk menziarahi beberapa tempat.
    antara tempat yg menarik yg sempat kami kunjungi

    Masjid Quba

    Bukit Uhud

    Masjid Qiblatan

    Lapangan Magnet

    Kilang Percetakkan Holy Quran
    (perempuan tak boleh masuk..kena la kami menunggu kaum adam kt luar sambil berposing..hehhe)

    Umrah : Madinah Al Mukarmah (25-July ~ 28-Aug)

    Alhamdulillah setelah puas merancang and berubah plan beberapa kali, akhirnye kami berjaya menjejakkn kaki ke Madinah Al Mukaramah. Kehadiran kami di sambut oleh Mutawif kami Ustaz Anwar yg berasal dr Medan, Indonesia.

    Kami menetap di Durrat Al Feyroz Hotel. Alhamdulillahh...sgt selesa & tidak jauh dr Masjidilharam Nabawi



    Hati sangat kagum dan terpesona dengan keindahan Masjid Nabawi yg juga dipanggil Masjid Nabi.
    Seronok rasanya dapat menunaikn solat 5 waktu disana walaupun membawa anak kecik yg berusaha 2thn stgh. Betul la kata org..urusan kte sentiasa dipermudahkn. Walaupun terpaksa berikat di kaki masa time solat, tapi ini membantu supaya kte kusyuk dlm solat tanpa memikirkan mana anak pergi dalam keadaan jemaah yang semakin ramai dari hari ke hari.



    Thursday, 11 August 2011

    Umrah : From KLIA to Bahrin (24-July)

    Semuanya dh ready..tunggu ms nk bertolak jek
    Kami menaiki flight GulfAir dari KLIA ke Bahrin jam 7.50mlm
    Semua org teruja dah x sabo nk g..hehe
    xtau pe nk cite...layan je la gambo2 spjg kt airport & bahrin 

    berderet-deret bagi kami semua.hehehe

    ni la ahli rombongan perempuan kami.hehehe

    aqil posing dgn cousins b4 departure


    oh...thanks to this equipment..or else aqil mmg x leh dok diam.huhuhu

    hotel @ Bahrin

    tv pn beso tu. tp semlm jek..x smpt nk menikmati pape.kekke

    kt airport semtara tunggu flight ready

    the flight is ready

    oh..nngk la happy face aqil tu. bahagia sungguh asyik turun naik aeroplane jek.hehehe

    Nuffnang Ads

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...