Nuffnang Ads

Friday, 27 July 2012

FPP Putrajaya Review

dari sehari ke sehari nak buat review...asyik tak sempat jek...
dok umah lg buzy dari kerja oooo...ako mmg selute la pada org yg leh jadi fulltime housewife.hohohoho

ok..berbalik pada review FPP...

Date Of Admission : 19/06/2012

Final Diagnosis : Delivery By Emergency Ceasarean Section

O&G Specialist : Dr Nor Azmi Kasim

Total Cost of Delivery : RM 3,440.60  (4 days 3 night)

Cost for Paed (G6PD) : RM 10.00 (Gov Rate : 3 days 3 night)


Review :

Doktor sangat bagus..best & sangat2 membantu! Mekasih Doc! Nurse pun sgt2 membantu! Mekasih semua!

Kalau dapat bilik double mmg agak kecewa sebab rate dia sama jek ngn single. Paling x best bilik double sebab husband tak de tempat yg selesa untuk tido. Bilik single memang best la. So far ako dpt rasa dua2 sebab masa check in tu bilik single takde kosong.huhu

Cost bersalin czer agak murah berbanding swasta.
Pape problem pada baby cth cam ako nya kes, Areef G6PD..terus treat under government rate.

So far..memang puas hati la :-)


Tuesday, 24 July 2012

Samun @ Burger King, MRR2

Kejadian berlaku ke atas adik lelaki saya..pada hari ke-2 kita menyambut Ramadhan...
Moga sama-sama ambil peringatan jika perkara macam ni jadi kt kita..mintak dijauhkn la...

*************************************************************************


Saya dah mula Kurang Yakin Dengan Burger King. " NYAWA " KESELAMATAN " KAKITANGAN TIDAK TOLONG " kejadian berlaku di dalam permis Burger King @MRR2 di alamat Lot PT 8882 HS (D),Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2), Mukim Ampang, 43100 Daerah Hulu Langat, Selangor.
Saya dengan isteri dan adik ipar berada di Burger King@MRR2.
Kami bercadang hendak berbuka puasa di sana. Kami duduk di tingkat atas berhampiran tingkap cermin, sambil menanti masa untuk berbuka puasa.

Pada pukul 7.05pm, 22hb Julai 2012, kami di datangi oleh seorang Lelaki berbangsa INDIA.
Lelaki India membuat kacau di tingkat atas. Tetiba lelaki india tersebut meluru kepada kami dan menuduh kami mengganggu teman wanitanya. Masalahnya kami tidak mengenali pun lelaki tersebut dan tidak faham kenapa dia mengugut kami. Lelaki tersebut telah memaksa kami membuka wallet dan terus mengambil duit serta HP galaxy Note milik isteri yang berada di atas meja makan. Kami cuba pertahankan untuk mengambil blk duit dan HP yang dirampas lelaki tersebut tetapi lelaki tersebut mengugut kami utk memukul kami dan mempanggil kumpulan mereka yg berada di luar premise burger King.

Semasa kejadian tiada sesiapa yang datang membantu kami hanya cuba untuk menyelamat diri masing-masing termasuk pekerja burger king yang berada di tingkat atas yang sedang mencuci premise. Setelah merampas duit dan HP kami, lelaki tersebut telah meluru keluar dari premise dan berjanji akan datang semula untuk mengembalikan barang kami. Tetapi lelaki tersebut tidak datang semula. Saya cuba hubungi HP isteri dan dia angkat. Kami menyuruh lelaki tersebut datang ke burger king untuk pulangkan barang kami. Lelaki itu cakap sekiranya kami inginkan barang kami sila jumpa di Jalan Bandar. Kami tidak mahu mengambil risiko. Kami terus ke balai polis pandan indah untuk membuat laporan.

**********************************************************************************************

Jika berlaku pekara sebegini...diharap kita tak panik..
Pada masa yg sama...berhati-hati lak ketika sibuk melayari internet di telefon..mungkin ada yg sedang memerhatikan kita...




Monday, 23 July 2012

1st Iftar & Celebrate Birthday

Alhamdulillah....kami sempat berkumpul 3 beradik sekeluarga untuk sama-sama berbuka puasa & meraikan harijadi ku sempena hari pertama berpuasa. Kan best kalau ibu ayah pun dapat join sekali. Warrgghhh!!! En Mija...sy nak balik JB.hukhukhukhukhukhuk

Menu kteorg, Nasi Ayam Blackpepper (ni org dalam pantang masak main dish...x aci tul dorg ni..hehe), Sate, Cucur Udang, Popia ngn Tauhu Sumbat. Kalau kt JB ni sure dh cari Yong Taufu Mat Aris. Hahahahaha.

Terima kasih tak terhingga buat kakakku..abg ipo ku...adik ku & isteri and of cosh la en asben ku



wahh...3 series...terasa dh tua kn.hehehehe

Saturday, 21 July 2012

I'm 30 :-)

Celebration?? Wajib la takde yg special sebab nya masih lg berpantang..waargghh!!!
Pasni kena wt tuntutan ngan hubby la jawapnya.

Alhamdulillah...masih lagi sihat & berkesempatan menyambut hari lahir ke-30
hohohoh...cm x caya jek dh reach angka 3 ni..waarggh...tuanya rasa!

Alhamdulillah gak.....ako bahagia dgn 3 hero ku..amin!

Hadiah birthday dari hubby tahun ni....dapat awal seminggu sebab hp rosak..thanks to my old nokia.hahahhaha.

Mekasih En Mija...love you so much!!!!


Buat Semua Rakan-rakan dan keluarga...
Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak


Wednesday, 18 July 2012

Multi Tasking

Ako rasa semua wanita especially ibu memang multi-tasking kn....
Semua menda nk dibuat dalam satu masa....

oh sesungguhnya...dalam pantang ni pun ako kena multi-tasking
tengah menyusukan Areef...pd masa yang sama suapkan  Aqil nasi..sambil2 tu sempat lagi online check email & fb.hehehehehe

sambil masak..kalo rasa cik B dh penuh..sambil masak sambil pam susu...hehehhe

x masuk lagi lipat baju sambil menyusukan Areef & nengok tv......

Sebab tu la kenapa kelebihan ni ada pada insan-insan bergelar wanita kan :-)
Bersyukur dgn kelebihan yang kita ada :-)

Nuffnang Ads

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...