Nuffnang Ads

Friday, 11 November 2011

Cantik Menawan bersama Vitamin E Shaklee

بسم الله الرحمن الرحيم


Teruja! Vitamin E Shaklee memang kesukaan saya dan ramai lagi wanita di luar sana. Walaupun seorang ibu, jangan lupa kita juga seorang isteri. Kecantikan itu perlu dijaga untuk en suami..Hehe...Cantik dalam cantik luar.Ahaks!

More info Vitamin E Shaklee di sini.


Shaklee Vitamin E dalam majalah iSihat November 2011 *credit to Norhaliza Mohd Yusof
 
Vitamin E ialah salah satu antioksidan yang penting dalam pencegahan kanser dan penyakit kardiovaskular. Ia memperbaiki peredaran darah, yang mana perlu untuk memperbaiki tisu, dan sangat berguna dalam rawatan "premenstrual syndrome" dan penyakit fibrocystic buah dada. Ia memelihara pembekuan darah yang normal dan penyembuhan, mengurangkan parut yang diakibatkan oleh sesetengah kecederaan, mengurangkan tekanan darah, membantu dalam pencegahan penyakit katarak, meningkatkan prestasi atlit, dan mengendurkan otot kaki dari kekejangan. Vitamin E boleh meningkatkan pengeluaran air mani pada sesetengah lelaki. Ia juga mengekalkan kesihatan saraf dan otot dan di masa yang sama menguatkan dinding kapilari. Vitamin E menggalakkan kulit dan rambut menjadi sihat, dan membantu mencegah anemia dan "retrolental fibroplasia", sejenis gejala mata yang boleh menjangkiti bayi pramatang.

Satu kajian yang dijalankan oleh National Cancer Institute pada tahun 1998 mendapati bahawa pengambilan vitamin E dalam jangka masa panjang dapat mengurangkan risiko kanser prostat di kalangan penghisap rokok. Lain-lain kajian megesyorkan bahawa vitamin ini dapat memperlahankan perkembangan penyakit Alzheimer. Sepanjang ini diketahui bahawa vitamin E telah menunjukkan kesan pencegahan kepada lebih kurang 80 jenis penyakit.

Secara kesimpulan :

1. Vitamin E membuatkan si pengamal nampak muda kerana vitamin E melambatkan proses penuaan. Pengambilan vitamin E yang konsisten sangat membantu dalam mendapatkan tekstur kulit yang cantik. Ianya juga membantu menghilangkan parut dan jeragat.Membantu wajah nampak lebih berseri dan tidak kusam.

2. Vitamin E mencegah segala pertumbuhan abnormal sel terutama kanser. Pengalaman ibu sendiri bila mengalami bengkak susu yang ketara, ibu akan mengambil dua biji vitamin E namun ianya bukanlah diamalkan secara berterusan cuma pada saat melalui saat bengkak susu atau clog duct.

Seorang teman sebelum ini mengalami masalah dimana tempat kemaluannya didapati mempunyai benjolan seperti bengkak ketumbuhan, beliau mengamalkan dua biji vitamin E selama 7 hari dan alhamdulillah ketumbuhan itu mengecut dengan sendirinya. Ini kerana Vitamin E membantu mengecutkan pertumbuhan abnormal sel dan melancarkan saraf terutama bagi ibu yang menyusu dan dapat mengelakkan bengkak susu yang berlarutan.

3. Vitamin E sangat membantu dalam aspek kesuburan. Bagi ibu yang menyusu, kedinginan adalah masalah biasa yang bakal dilalui disebabkan hormon prolaktin yang lebih tinggi dari hormon estrogen. Walau bagaimanapun melalui pengalaman ibu, pengambilan vitamin membantu mengatasi masalah kedinginan.

4. Vitamin E membantu pengaliran darah dengan lebih lancar. Membantu mengatasi masalah saraf belakang terutama mereka yang sering mengadu masalah sakit bahagian belakang badan.

5. Vitamin E membantu mempercepat proses baik luka. Sangat membantu apabila si ibu yang menyusu mengalami luka di bahagian nipple. Rata2 ibu yang menyusu akan melalui saat sukar apabila puting susunya melecet ataupun luka. Pengambilan yang konsisten sangat membantu si ibu recover dari kesakitan yang dilalui.

6. Bagi wanita yang pernah melahirkan anak, perasankah anda kawasan erola iaitu kawasan bahagian puting susu menjadi besar dan gelap. Semakin banyak kelahiran akan membuatkan ianya semakin gelap. Ibu membuat kesimpulan bahawa ianya merupakan pigmentation after kelahiran. Namun dengan pengambilan vitamin E yang konsisten membantu kawasan gelap itu mengecil dan warna puting menjadi cerah semula.

7. Bagi yang mempunyai masalah pre-menstrual yang teruk, vitamin E membantu mengurangkan kesakitan akibat pre-menstrual.

credit

Tunggu.....Ada banyak testimoni-testimoni mereka yang dah cuba Vitamin E Shaklee dan mereka berpuas hati. Anda bila lagi? :)

Dapatkan promosi Vitamin E dari saya sekarang!

Wednesday, 9 November 2011

Tips rawat anak demam, batuk dan selsema....

بسم الله الرحمن الرحيم





Sebenarnya, agak susah bagi doktor untuk mencadangkan ubat yang sesuai untuk kanak-kanak yang mengalami batuk dan selsema. Antara sebabnya:


1. Sekiranya jangkitan yang disebabkan virus, antibiotik tidak sesuai kerana antibiotik dicipta untuk membunuh bakteria. Antiviral pula memang dicipta untuk membunuh virus tapi ada kesan sampingan yang merbahaya. Jadi, ia tidak diluluskan sebagai ubat untuk merawat gejala selsema batuk ini.

2. Nasal spray pun tidak sepatutnya diberikan kepada kanak-kanak. (Tak silap saya, saya pernah diberikan nasal spray ni untuk anak saya tapi saya ingat lagi wajah doktor tu macam serba salah..)


3. Ubat batuk pula sebenarnya tidak sesuai untuk kanak-kanak especially yang berumur 2 tahun ke bawah. Sememangnya ada kajian menunjukkan ia gagal menyembuhkan batuk kanak-kanak. (Ya.. memang benar, saya setuju sangat-sangat kerana anak saya terus-terusan batuk walau ubat dah habis sebotol)


Cubalah cara yang pastinya selamat dan berkesan:

1- Bagi kanak-kanak yang tidak lagi menyusu, banyakkan meminum air suam.

2- Apabila mandikan anak, mandikannya dengan air suam.

3- Banyakkan menghidu udara lembap atau udara berwap. Caranya ialah, pasangkan air shower panas di dalam bilik air, pastikan pintu bilik air sentiasa tertutup dan anda akan dapati seluruh bilik air akan berwap dan lembap. Dukung anak anda untuk beberapa minit bagi membolehkan si anak menghirup udara berwap itu tadi. Jika tiada shower, air panas yang dimasak di dapur, masukkan dalam baldi di bilik air juga pasti menjadikan bilik air berwap.

4- Tepuk belakang anak 11 kali di belakang dan di hadapan. Tepuk secara perlahan-lahan dengan membuat lohong. Ini bagi melonggarkan kahak dan supaya ia jatuh dan keluar melalui najis ataupun muntah. Saya rasa lega kalau anak saya muntah kerana kahaknya pasti keluar juga.


PERHATIAN: Bukan letak anak di bawah air shower yang panas itu. Nanti melecur la pulak.:)


Ini tips yang dikongsikan oleh Ibu Addinnasa:


Selepas kelahiran Nasa, ibu tidak panik untuk melalui fasa anak kurang sihat....petua yang diajar oleh bidan Makcik Maznah ibu amalkan sehingga kini dan alhamdulillah sangat berpuashati. Apa kata makcik Maznah?


Jika anak demam...pastikan anak itu dimandikan 3 kali sehari supaya panasnya keluar. Memang betul pun masa ibu jadi cikgu Sains dulu ada topik kenapa air panas dalam cawan teh akan sejuk dalam beberapa minit? Ini kerana haba panas akan bergerak keluar mencari kawasan sejuk.... samalah dengan suhu badan yang panas tadi.


Bila selsema ...tetap mandikan 3 kali sehari...supaya bila selepas mandi, lendir itu akan mudah keluar. Namun sayangnya ramai ibu2 hari ini ingat jika selsema anak sejuk maka jangan mandikan. Apabila ini berlaku.... anak mudah berkahak sehingga sesak nafas. Ibu cuba praktikkan setiap kali Nasa ada selsema, alhamdulillah maksimum pun 3 hari.


Batuk....tetap mandikan 3 kali supaya panasnya keluar....dan bila tidur malam, sapukan minyak telon atau minyak burung unta dibelakang badan anak dalam jam antara 1-3 pagi, insyaALLAH kahaknya cepat beransur baik. Jika minyak terlalu panas, campurkan sedikit dengan minyak kelapa atau minyak zaitun sebelum di urut pada badan anak.


Waktu mandi yang sesuai untuk anak ialah jam 8 pagi, selepas zohor dan sebelum jam 7 malam. Jika terpaksa mandikan selepas jam 7 malam, mandikan dengan air suam dan sapukan minyak panas selepas mandi supaya chest tidak mudah sejuk dan diserang selsema.


Biasakan selepas mandi, sapukan minyak panas pada ubun2 anak, belakang telinga, tapak tanga, dada dan belakang dada serta betis dan tapak kaki. Ini membantu melancarkan peredaran darah anak juga secara tidak langsung.

Kalau orang dulu, demam, batuk dan selsema tak bagi mandi....jadi panas tu akan terperap dalam badan dan lama-kelamaan boleh menyumbang kepada keadaan yang lebih teruk. Zaman dah berubah, bidan pun belajar sains dan teknologi :) Even doktor turut pesan, jika anak demam ...pasangkan aircond di rumah jika ada supaya suhu sejuk dan rumah tidak berkuap ....

Bagi ibu yang menyusukan anak dengan susuibu, menjadi satu kelebihan dengan kerap menyusukan anak semasa anak dalam fasa tidak sihat supaya anak menjadi lebih bertenaga dan antibodi yang dibekalkan mampu melawan penyakit dengan cepat. Maka buat ibu baru....jangan panik. Banyakkan membaca, pasti luas pengetahuan.

Credit

Tuesday, 8 November 2011

Aqil Mirza 3rd Birthday Celebration

89:this is the first time that we arrange birthday party for Aqil.
usually we will celebrate only 3 of us
Aqil was so excited when i told him we already order his TIMMY cake.
everyday he will ask us....Mama dah tempah kek Aqil tak? hehehe.....

thanks to all family members..neighbours & friends for sharing the day
  
Cake order from Rizq Cakes

 






Cahayamata adalah Anugerah..Bersama Set Kesuburan Shaklee

بسم الله الرحمن الرحيم


Cahayamata adalah idaman setiap pasangan yang sudah berkahwin.Namun bukan semua boleh memperolehinya. Ada yang senang dapat anak, ada yang bertahun-tahun baru ada rezeki. Pelbagai usaha sanggup dibuat semata-mata untuk memperolehi anugerah istimewa ini.





Credit

Kisah ini bermula sekitar 3 bulan yang lepas...sahabat ummi ni (maaf, ummi tak leh bgtau nama atas permintaannya..)mengadu dengan ummi...Keinginan utk mengandung membuak2 dalam dirinya...Pelbagai usaha telah di lakukannya...Sebut je apa kaedah yang boleh menyebabkan hamil...Berurut sudah...pantang itulah...inilah...telan mcm2 ubat...dr yang pahit sampai ke kelat...semuanya sanggup di buat..Malahan, beribu duitnya habis membuat permanian beradas la...sperma di suntik semula ke dlm rahim dan mcm2 lagi...dan ada antara rawatan tu sgt2 menyakitkan...tapi, demi anak, beliau sanggup...Test dr doktor pakar mengatakan sahabat ummi ni tak ada sebarang masalah...si suami juga normal...malahan sperma yang di hasilkan juga sihat...so, apa masalahnya???

So, dalam keadaan ini, ummi katakan ada sesuatu yang mungkin Allah telah rancang dan pastinya ianya adalah yang terbaik...sahabat ummi ni sgt2 stress dan tertekan...hampir lupa...umurnya dah mencecah 30 an...dan telah berkahwin hampir 7 tahun lamanya...

Memang orang lain hanya mampu melihat...tetapi berat penanggungan hanya sahabat ummi dan suaminya yang rasa...kebetulan, beliau terperasan face book ummi ada gambar2 vitamin shaklee yang ummi amalkan selama ini...lantas sahabat ini bertanya jika ada yang sesuai utk hamil...Semasa itu, sejujurnya ummi merasa serba salah kerana ummi dapat rasakan betapa besar pengharapan yang di letakkan oleh sahabat ummi ini...Tetapi, oleh kerana beliau bersungguh2 ingin mencuba, ummi pasrah...Tetapi berkali2 ummi pesan pada sahabat ummi:- :"Tolong makan suami dan isteri secara konsisten, yakin dengan usaha dan banyakkan memohon kepada Yang Maha Esa (kerana semua kejadian hanya akan terjadi dengan kehendakNya) dan banyakkan berpuasa serta bersedekah kerana Allah Taala...:Dan sekiranya Allah masih juga tidak makbulkan, redhalah atas kehendakNya..kerana Dia Maha Mengetahui setiap sesuatu yang berlaku"...


Selang sebulan, ummi masih belum menerima sebarang reaksi positif dr sahabat ummi ini...tetapi sahabat ummi ni tetap juga meneruskan pengamalan vitamin2 ini...apa yg ummi perasan ada perubahan pada sahabat ummi ini...nada suaranya lbh positif, yakin dan ceria...malahan beliau turut memberitahu ummi bahawa badannya terasa lbh ringan, cergas dan bertenaga...dan katanya perhubungan suami isterinya lebih mantap dan suaminya turut memuji kulitnya yang nampak lebih bersih dr sebelumnya!!!" Tersenyum kejap ummi kerana ummi tahu berikutan pengamalan secara konsisten itu, kesannya secara perlahan2 mula nampak..


Dan dengan kuasa Allah, hari ini, setelah lebih 3 bulan mengamalkan vitamin2 tersebut...berita gembira ini ummi perolehi....terasa terngiang2 di telinga ummi jeritan gembira sahabat ummi yang akhirnya berjaya hamil setelah lebih 7 tahun menunggu...Syukur Ya Allah kerana mengurniakan kegembiraan ini buat sahabat ku...


Apa vitamin yang di makan oleh sahabat ummi ni???Tadaaa...




1) Zinc - Zinc memberi kesan terhadap berbagai hormon termasuklah hormone sex, hormone thyroid, kemandulan bagi lelaki dan perempuan, prostate, thyroid yang tidak aktif . Kekurangan zinc juga dikatakan antara sebab kemandulan – Istilah yang di gunakan adalah “Below the level of technical sterility” bermaksud di bawah paras kesuburan. Ia mempengaruhi bilangan sperm (sperm count) dan pergerakannya (sperm motility). So, zinc ni mmg penting untuk kesuburan...

2) multivitamin - untuk memastikan keperluan 12 vitamin dan 7 galian dipenuhi. Rata2 pengambilan makanan seharian kita tidak dapat memenuhi keperluan ini atas banyak sebab dan kekangan.Dan uniknya multivitamin shaklee kerana ianya mengandungi iron formula yang sangat penting bagi tubuh.


3) B Compleks - paling penting untuk elak kemurungan (anti-stress) & menstabilkan hormon. Uniknya vitamin b shaklee kerana ianya turut mengandungi Folic acid dan Biotin yang sangat penting untuk pembentukan darah dan kestabilan hormon.


4) Vit E - membantu meningkatkan hormon seks baik lelaki mahupun wanita..Uniknya vitamin E shaklee kerana turut mengandungi silenium manakala vitamin E kebanyakkan di pasaran adalah dijual berasingan dengan silenium. Ia juga sangat bagus untuk jantung tetapi waktu yang sama ia boleh meningkatkan pengeluaran hormon seks testosteron.


Namun harus diingat, soal rezeki ini semuanya dari Allah. Kita sebagai manusia harus berusaha, berdoa dan bertawakal kepadaNya. Insyaallah..

Dapatkan Promosi BULAN NOVEMBER sekarang!

Wednesday, 2 November 2011

Cara cepat menghasilkan susu

Demi memastikan pengambilan vitamin memberi kesan yang besar dalam menjayakan penyusuan 3 perkara ini perlu diberi penekanan. Pengambilan vitamin hakikatnya membantu badan si ibu sustained, kekal bertenaga, ceria dan cergas sepanjang masa. Ini kerana si ibu itu ibarat sebuah pokok. Pokok yang sihat dan subur mampu menghasilkan buah yang lebat dan daun yang rimbun.


1. Susukan bayi dengan kerap dan perah dengan konsisten


Susu ibu terhasil berdasarkan konsep SUPPLY BY DEMAND. semakin banyak demand semakin banyak susu ibu yang terhasil. Jadi, semakin banyak kali bayi disusukan, otak mendapat signal bahawa lebih banyak susu yang diperlukan. Maka, insyaAllah susu pun bertambah banyak.


Satu lagi, pastikan B sentiasa dikosongkan pada setiap kali sesi penyusuan/perahan. Walaupun bayi adalah pam yang terbaik di dunia tetapi kadang-kala bayi tidak minum sehingga kosong atau mungkin mengosongkan sebelah sahaja payudara, jadi ibu masih perlu mengepam keluar susu supaya otak dapat menerima signal yang betul. Susu yang diperah boleh dijadikan stok sekiranya berlaku kurang susu di suatu hari ini.


Elakkan menunggu sehingga bengkak susu, baru perah. Hasilnya memang lumayan, namun untuk jangka masa panjang susu akan makin lama makin berkurangan. Tentunya ibu-ibu mahu menyusukan anak sekurang-kurangnya sehingga 2 tahun, bukan?


Untuk ibu yang bekerja, perah/pam sekurang-kurangnya 3 jam sekali. Perah pada masa yang sama setiap hari supaya otak dapat menerima dan menghantar signal yang betul. ibu akan dapati pada masa yang sama setiap hari B akan penuh dengan susu dan sekiranya lewat pam akan mengalami bengkak susu.


2. Minum banyak air


Manusia perlu minum sekurang-kurangnya 2 liter air sehari untuk memenuhi keperluan tubuh dan melancarkan peredaran darah. Tetapi untuk ibu yang menyusu, air yang diperlukan adalah sekurang-kurangnya 3 liter sehari. ini kerana air yang keluar bukan sahaja melalui sistem perkumuhan tetapi juga dari penyusuan.


Banyakkan, 3 liter sehari. boleh muntah air dibuatnya. sedikit tips untuk memastikan ibu minum air yang mencukupi. Sediakan bekas air yang besar iaitu 1 atau 1.5 liter sebagai indicator untuk memudahkan ibu tahu berapa banyak air yang telah diminum untuk sehari. Setiap kali lepas buang air atau menyusu, minum sekurang-kurangnya secawan air.


Untuk mengelakkan ke tandas terlalu kerap, minum dengan sedikit tetapi kerap. ini memudahkan badan menyerap air dan meng’optimum’kan fungsi air dalam tubuh. minum juga air semasa sedang menyusu.


Sediakan sebotol air masak di tepi katil. sekiranya ibu bangun malam, boleh la melegakan tekak sedikit.


pengambilan vitamin juga menyebabkan darah pekat, oleh itu, air diperlukan untuk melarutkan vitamin ke seluruh tubuh.


3. Doa


Senjata utama orang Islam adalah doa. Walau pun telah pelbagai usaha yang dilakukan tetapi jika Allah kata tiada rezeki untuk kita tentu rezeki itu tidak datang. Jadi, janganlah sombong dengan Allah. Banyakkan berdoa, berzikir dan mengingati Allah.


Allah itu Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Lagi banyak kita berdoa, lagi suka Allah mendengarnya. Mintalah dengan Allah, kerana hanya Dia yang berkuasa memenuhi permintaan setiap manusia.

Dan Tuhanmu berfirman: “Berdoalah kepada-Ku, niscaya akan
Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang
menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk
neraka Jahannam dalam keadaan hina dina.” (Surah Al-Mu’min:60)

Di dalam satu hadith qudsi, Allah SWt berfirman: “Sesungguhnya apa-apa yang akan Aku lakukan terhadap hambaKu adalah mengikut sangkaan hambaKu terhadap-Ku, dan Aku bersamanya apabila dia mengingatiKu. Jika dia mengingatiKu di dalam hatinya maka Aku mengingati dia di dalam hati-Ku, dan jika dia mengingati-Ku dalam perhimpunan maka Aku ingati dia dalam perhimpunan yang lebih baik (yakni jemaah para malaikat). Apabila hamba-Ku mendekati-Ku sejengkal, maka Aku dekati dia sehasta. Apabila dia mendekati Aku sehasta, maka Aku dekati dia sedepa. Dan apabila dia datang mendekati Aku dengan berjalan, maka Aku dekati dia dengan berlari” (Hadith Riwayat Imam Ahmad, Bukhari, Muslim dan lain-lain)


Walau bagaimanapun, ada satu lagi cara untuk meningkatkan penghasilan susuibu dan ianya sangat membantu bagi ibu2 yang melalui masalah kemerunduman susu pada saat ini.

Cara tersebut ialah POWER PUMPING.

My best friend - Medela Freestyle



Jom kita baca penulisan MamaYangCekal……

Hyperstimulation dan power pumping sebenarnya adalah satu kaedah atau teknik yang intensif untuk mempercepatkan proses pengeluaran susu. Ramai ibu-ibu baru kurang faham apakah power-pumping sebenarnya

Daripada beberapa pembacaan aku dan juga pengalaman aku sendiri ia adalah di mana kita mengepam kedua-dua payudara serentak atau dipanggil kaedah double-pumping selama 60 minit. Caranya ialah 10 minit mengepam-10 minit berehat-10 minit mengepam-10 minit berehat dan dilakukan selama 60 minit. Kaedah ini sangatlah aku sarankan kepada ibu-ibu yang menghadapi masalah susu sedikit, di datangi period, apabila bayi menghadapi growth spurt (beralih bulan di mana bayi akan consume lebih banyak dari biasa) dan boleh buat seminggu sekali dan jika ada banyak masa lapang boleh buat hari-hari. Sebaiknya lakukan kerana ketika itu hormon prolaktin kita sangatlah tinggi dan kandungan susu kita pada waktu 12 tengah malam- 6 pagi (kalau rajin buatlah solat sunat minta dimurahkan rezeki alang-alang dah bangun tengah malam kan) sangatlah berlemak dan penuh berkrim. Susu kita pada waktu itulah yang selalunya mempengaruhi kenaikan berat badan anak kita(sebab itu kita sarankan makan vitamin di waktu malam di mana ibu akan perasan susu akan pekat dan banyak, Insyaallah disebabkan pengambilan alfafa).


Bagi ibu-ibu baru kena faham konsep power-pumping ini di mana apa yang kita pam hasilnya kita tidak akan nampak masa itu juga. Sekurang-kurangnya kita akan nampak pertambahannya dalam masa seminggu 2 dengan syarat kena sabar, konsisten dan istiqamah di mana prinsipnya juga sama seperti pengambilan suplemen.


Perlu banyakkan rangsangan seperti kekerapan mengepam 3 jam sekali ataupun banyakkan direct feeding. Ada juga di antara ibu-ibu kurang minum air masak tapi mahukan output susu yang banyak. Kena ada keseimbangan keduanya, banyakkan minum air masak at least 3 liter, jadual mengepam 3 jam sekali dan bykkan direct feeding serta jangan lupa berdoa agar dipermudahkan perjalanan penyusuan. Setiap apa yang kita lakukan perlu displin, sabar dan istiqamah. Jangan mengharapkan susu akan keluar memancut-mancut jika ibu sendiri tidak ada usaha untuk perbanyakkan susu.


Happy Breastfeeding !!

Credit to Mama Cergas


Bagi membuat pesanan vitamin atau mendapatkan konsultasi percuma, sila SMS 012-7247082 atau email ke yummirza@gmail.com

Nuffnang Ads

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...