Nuffnang Ads

Thursday 7 March 2013

Pendaftaran Tahun 1, 2015 : Negeri Selangor via online

Tetiba teringat bulan 3 dah boleh start daftarkan Aqil utk Tahun 1 sesi 2015
sekarang ni pendaftaran dah di buka dari 1-March sampai 30-April-2013
Cepat-cepat la daftar ye...especially bagi parents yg nk hantar anak ke SRJKC
selalu nye SRJKC ni selalu cepat je full
 
cara nya mudah sahaja....
eh lupa...valid untuk negeri selangor ye...negeri lain kurang pasti la pulak
 
Login ke eSPPSEL
 
Baca la informasi yg ada dekat Pengenalan & Tatacara (kalau rajin..hehe)
 
Terus ke Permohonan On-Line
 
Isi Maklumat Anak yg nak didaftarkan
Skrin yg ada No.Pin akan tertera cam kat bawah ni
 
Pilih sekolah yang berhampiran dengan rumah
 
Press button "HANTAR"
dah selesai..boleh la cetak salinan.
 
Lepas register online...kena pulak bawa salinan registration & document-document yang diperlukan ke sekolah yg dipilih
 
* Sijil Lahir/Borang W/Sijil Anak Angkat
* Bil Utiliti (Bil Elektrik (TNB) / Air Sahaja)
* Kad Pengenalan Ibu Bapa/Penjaga
* Surat Nikah / Surat Daftar Perkahwinan / Surai Cerai (mana berkaitan)
* Surat Hak Penjagaan /Perintah Mahkamah jika berkaitan
* Laporan Doktor & Kad OKU (jika berkaitan)
 
Timing nak hantar ke sekolah pun Isnin - Jumaat (8pg - 4ptg)
 
So baru la lengkap proses pendaftaran.
Sekarang ni tinggal nak g submit kat sekolah la jawapnya
 
*********************************
erm.......cepat nya Aqil dah nak masuk darjah 1...
my big mirza is growing up so fasstt


No comments:

Nuffnang Ads

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...