Nuffnang Ads

Monday 7 January 2013

Persediaan Menyusu

hahaha....tajuk dh basi sebenarnya..
tapi since ada few member yang tanya & ako dok repeat menda yg sama...tu yg tergerak hati gak nk tulis entry ni.hehehe

hehhe...ako bkn kaunselor lactasi pun...tapi suka share info berkenaaan breastfeeding.
suka sgt share story & bg semangat kt member-member yg nk menyusu badan
pada pandangan ako...tak susah pun nk breastfeed anak
ada beberapa menda yg kita kena wt sedikit persediaan

1) mentally
yes....mental kena free. mind kena selalu set yang kte nk susukn anak kte dengan susu ibu. persediaan fizikal penting tapi mental lagi penting. kalo asyik fikir tak larat la..letih la...memang takkan ke mana la kan

2) breast pump
especially utk ibu-ibu bekerja la kan...mungkin kalo 1st time kte dok pikir nk beli pam yg macamana..berbaloi ke tak beli...skrang ni dh ada mcm2 brand kt pasaran..yg penting kita kena ikut budget & keperluan kita.

macam ako sendiri pengalaman menggunakan freestyle masa time Aqil dulu, menyebabkan ako memang terpaut hati pada Medela FS ni. Walaupun pam yg 1st ada problem...alhamdulillah ada rezeki nak beli FS utk Areef pulak. Thanks hubby!
Ako suka sangat FS ni sebab ako boleh pam dimana-mana pada biler2 masa yg ako nak :-)
See gambo ni ako tgh pam dlm keta masa driving balik ke rumah. semua ni gara-gara x sempat nk pam sesi ke-3 kat office.hehehe

3) suppliment
ni depends pada orang...ada org rasa dia perlukan suppliment, ada yg rasa tak perlu.
suppliment ni samaada untuk membantu menggalakkn susu atau pun lebih kepada kesegaran diri. bagi ako..ako makan suppliment supaya ako leh jd supermom..ecehh! ye la...bgn pagi dh terkejar dgn anak..rutin ofis lagi..kemudian rush balik sambung rutin kt rumah dgn anak..masak..kemas umah..lipat baju...sume2 la..so i need suppliment. kalo x...cepat la ako tumbang.hahahha


4) Nursing Cover
Ni bagi yg suka berjalan..kena la sediakn nursing cover...so dimana-mana..bila-bila masa kita masih boleh menyusukan anak kita. tak yah risau terdedah bahagian yg x sepatutnya.heheh

5) Ilmu breastfeeding
banyak-banyak kan la membaca & cari info. zaman skrang ni google je mcm2 dh dapat maklum. so rajin-rajin la cari maklumat macamana nk start menyusu, camne nk simpan susu perahan, cmne nk elakkan puting luka, cmne nk ready naik kerja..sume info ada je kt en google tu.

6) Positifkn Diri
walau susu tu sikit mana ke banyak mana ke..stay positif! jgn tensen2! jangan tertekan..sume ni leh dropkn kuantiti susu.bersedia la nak berdepan dgn org-org yg akan advice macam-macam especially bile susu kita x byk.kang ada la yg suggest suruh tambah formula. byk mane sgt la baby baru lahir tu menyusu. apa yg kita bg dah cukup. konsep menyusu ni kan demand & supply. kalo tinggi demand dia..insyaallah pasti banyak supply nya

7) Doa
sentiasa la berdoa supaya ALLAH perbanyakkan susu kita demi anak kita.
Niatkn dalam hati yg susu sentiasa mengalir untuk anak

8) Sumber Inspirasi & Rujukan
Jadikan org2 sekeliling kita sumber inspirasi & rujukan. Ako mula mengetahui & cari info psl bf ni since nngk along susukan anak sulong dia. Lepas tu pulak, bff ako sarah pn sma share byk info pasal ni. dari situ ako start tanam niat dlm hati utk terus menyusukan Aqil (masa ni tgh peggy Aqil) secara ekslusif selama mana yg boleh. Alhamdulillah Aqil menyusu eksusif selama 15bulan & berterusan sehingga 2 tahun. Target ako utk Areef, mudah-mudahan Areef dapat penyusuan ekslusif 18bulan @ 2tahun..jauh lg perjalanan ni

Last but not least....tahniah buat sahabat2 ku yg berusaha & berjaya full bf anak ke-2...
Farah (10mth exclusive fina), Shida & Diana (5month baby..yg masih lg berjaya meneruskan exclusive bf walaupun anak 1st hanya sebulan) & buat opismate Hamah..congrats sebab success full bf hampir 16bln! You go girl!
Rezeki anak!

No comments:

Nuffnang Ads

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...