Kejadian berlaku ke atas adik lelaki saya..pada hari ke-2 kita menyambut Ramadhan...
Moga sama-sama ambil peringatan jika perkara macam ni jadi kt kita..mintak dijauhkn la...
*************************************************************************
Saya dah mula Kurang
Yakin Dengan Burger King. " NYAWA " KESELAMATAN " KAKITANGAN
TIDAK TOLONG " kejadian berlaku di dalam permis Burger King @MRR2 di
alamat Lot PT 8882 HS (D),Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2), Mukim Ampang, 43100
Daerah Hulu Langat, Selangor.
Saya dengan isteri dan
adik ipar berada di Burger King@MRR2.
Kami bercadang hendak berbuka puasa di
sana. Kami duduk di tingkat atas berhampiran tingkap cermin, sambil menanti
masa untuk berbuka puasa.
Pada pukul 7.05pm, 22hb
Julai 2012, kami di datangi oleh seorang Lelaki berbangsa INDIA.
Lelaki India
membuat kacau di tingkat atas. Tetiba lelaki india tersebut meluru kepada kami
dan menuduh kami mengganggu teman wanitanya. Masalahnya kami tidak mengenali
pun lelaki tersebut dan tidak faham kenapa dia mengugut kami. Lelaki tersebut
telah memaksa kami membuka wallet dan terus mengambil duit serta HP galaxy Note
milik isteri yang berada di atas meja makan. Kami cuba pertahankan untuk
mengambil blk duit dan HP yang dirampas lelaki tersebut tetapi lelaki tersebut
mengugut kami utk memukul kami dan mempanggil kumpulan mereka yg berada di luar
premise burger King.
Semasa kejadian tiada sesiapa yang datang membantu kami
hanya cuba untuk menyelamat diri masing-masing termasuk pekerja burger king
yang berada di tingkat atas yang sedang mencuci premise. Setelah merampas duit
dan HP kami, lelaki tersebut telah meluru keluar dari premise dan berjanji akan
datang semula untuk mengembalikan barang kami. Tetapi lelaki tersebut tidak
datang semula. Saya cuba hubungi HP isteri dan dia angkat. Kami menyuruh lelaki
tersebut datang ke burger king untuk pulangkan barang kami. Lelaki itu cakap
sekiranya kami inginkan barang kami sila jumpa di Jalan Bandar. Kami tidak mahu
mengambil risiko. Kami terus ke balai polis pandan indah untuk membuat laporan.
**********************************************************************************************
Jika berlaku pekara sebegini...diharap kita tak panik..
Pada masa yg sama...berhati-hati lak ketika sibuk melayari internet di telefon..mungkin ada yg sedang memerhatikan kita...
3 comments:
Masya Allah. Tempat ramai orang pon die boleh buat camtuh.
tu la psl dila...geramkn.mcm2 ako tnya adik ako..npe bg la pe la.tp wife dia cm x berani..ko tau la india kn..wtnye dia ada pisau ke pe.huhuh.tp dorg mmg x takut la skrang ni.lg ramai org pn x heran.mungkin sbb org skrang pn x berani nk msk campur kn.huhuhuhu
ya Allah, kak yam!takutnye..nasib baik la diorang amek barang je..xpelah barang hilang boley ganti insyaAllah..Alhamdulillah korang xde pape..tu yg penting sekali..
Post a Comment