Nuffnang Ads

Tuesday, 24 July 2012

Samun @ Burger King, MRR2

Kejadian berlaku ke atas adik lelaki saya..pada hari ke-2 kita menyambut Ramadhan...
Moga sama-sama ambil peringatan jika perkara macam ni jadi kt kita..mintak dijauhkn la...

*************************************************************************


Saya dah mula Kurang Yakin Dengan Burger King. " NYAWA " KESELAMATAN " KAKITANGAN TIDAK TOLONG " kejadian berlaku di dalam permis Burger King @MRR2 di alamat Lot PT 8882 HS (D),Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2), Mukim Ampang, 43100 Daerah Hulu Langat, Selangor.
Saya dengan isteri dan adik ipar berada di Burger King@MRR2.
Kami bercadang hendak berbuka puasa di sana. Kami duduk di tingkat atas berhampiran tingkap cermin, sambil menanti masa untuk berbuka puasa.

Pada pukul 7.05pm, 22hb Julai 2012, kami di datangi oleh seorang Lelaki berbangsa INDIA.
Lelaki India membuat kacau di tingkat atas. Tetiba lelaki india tersebut meluru kepada kami dan menuduh kami mengganggu teman wanitanya. Masalahnya kami tidak mengenali pun lelaki tersebut dan tidak faham kenapa dia mengugut kami. Lelaki tersebut telah memaksa kami membuka wallet dan terus mengambil duit serta HP galaxy Note milik isteri yang berada di atas meja makan. Kami cuba pertahankan untuk mengambil blk duit dan HP yang dirampas lelaki tersebut tetapi lelaki tersebut mengugut kami utk memukul kami dan mempanggil kumpulan mereka yg berada di luar premise burger King.

Semasa kejadian tiada sesiapa yang datang membantu kami hanya cuba untuk menyelamat diri masing-masing termasuk pekerja burger king yang berada di tingkat atas yang sedang mencuci premise. Setelah merampas duit dan HP kami, lelaki tersebut telah meluru keluar dari premise dan berjanji akan datang semula untuk mengembalikan barang kami. Tetapi lelaki tersebut tidak datang semula. Saya cuba hubungi HP isteri dan dia angkat. Kami menyuruh lelaki tersebut datang ke burger king untuk pulangkan barang kami. Lelaki itu cakap sekiranya kami inginkan barang kami sila jumpa di Jalan Bandar. Kami tidak mahu mengambil risiko. Kami terus ke balai polis pandan indah untuk membuat laporan.

**********************************************************************************************

Jika berlaku pekara sebegini...diharap kita tak panik..
Pada masa yg sama...berhati-hati lak ketika sibuk melayari internet di telefon..mungkin ada yg sedang memerhatikan kita...




3 comments:

Dils said...

Masya Allah. Tempat ramai orang pon die boleh buat camtuh.

M@Ri@M said...

tu la psl dila...geramkn.mcm2 ako tnya adik ako..npe bg la pe la.tp wife dia cm x berani..ko tau la india kn..wtnye dia ada pisau ke pe.huhuh.tp dorg mmg x takut la skrang ni.lg ramai org pn x heran.mungkin sbb org skrang pn x berani nk msk campur kn.huhuhuhu

DiLLaiLa said...

ya Allah, kak yam!takutnye..nasib baik la diorang amek barang je..xpelah barang hilang boley ganti insyaAllah..Alhamdulillah korang xde pape..tu yg penting sekali..

Nuffnang Ads

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...