Nuffnang Ads

Friday, 26 August 2011

Umrah ~ Mekah Al Mukaramah

~28-July~
Kami memulakan perjalanan lebih kurang pada pukul 3ptg.
Tidak Sampai stgh jam perjalanan, kami sampai di Bir Ali utk berniat di miqat
Masjid Bir Ali

Perjalanan dr Madinah menuju ke Mekah memakan masa hampir 7jam. Sepanjang perjalanan, hati berdebar-debar memikirkn apa bagaimanakah keadaan di sana. Sama tak seperti apa yg didenga. Dalam hati berdoa moga ALLAH sentiasa permudahkan urusan kami disana.
Kami berhenti makan & solat magrib di salah sebuah R&R di sana. Makan nasi dalam talam.hehe.
Seperti yg disunatkn, Ustaz Anwar mengetuai kami dalam melaungkn

Labbaikallahumma labbaik,
Labbaikala sharikala kalabbaik,
Innalhamda wanni'mata laka walmulk,
La sharikalak

Hambamu datang menyambut panggilan-Mu,
Ya Allah hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu
Sesungguhnya segala puji-pujian dan nikmat
dan kerajaan adalah kepunyaan-Mu yang tiada sekutu bagi-Mu

Hati dh terasa sebak masa ni. Ya ALLAH, ako bersyukur kerna diberi peluang untuk menjejakkan kami ke tanah suci mu Ya Allah..........

Tiba di Mekah sekitar jam 10mlm, kami terus diberi bilik hotel & check in.
Umrah kami akan bermula pada jam 12tghmlm. Since aku uzur, aku la yg stay kt hotel menjaga hero ku Aqil Mirza & 2 org anak saudara sementara yang lain meneruskn ibadah umrah mereka yg tamat kira-kira jam 2pagi.

Ada hikmah gak ako uzur ni, sekurang-kurangnya kami tidak perlu mengheret anak kami yg sedang nyenyak tido ke Masjidilharam. Pada masa yg sama, masa ihram ako terlalu lama. Byk pantang larang yg perlu ako jaga sampai nak mandi pun tak berani basuh rambut sebab dikhuatiri rambut gugur.
Alhamdulillah, menjelang hari ke-2 ramadhan, ako dh boleh berpuasa dan menjejakkan kaki wat pertama kalinya di Masjidil Haram Mekah

keadaan dihadapan Kaabah selepas solat Zohor di bulan Ramadhan

Pertama kali memandang Kaabah, hati terasa sayu sgt dgn kebesaran mu Ya ALLAH
sebak hati memang tak terkata...hannya ALLAh lebih mengetahui.
Aku bermohon & berdoa agar ini bukan yg pertama dan terakhir utk ku menjejakkan kaki disana..AMIN

bergambar kenangan di dalam MasjidilHaram selepas solat Asar

Peluang menjalani ibadah disana terutamanya dalam bulan Ramadhan memang takkan ako lupa kn. Suasana sgt meriah dan kawasan Masjidilharam tidak pernah sunyi. Terasa semangat yg berkobar-kobar tiap kali bersiap untuk ke masjid. Walaupun mempunyai seorang anak kecik berusia 2thn stgh....tetapi itu tidak menghalang kami dr menyempurnakan ibadah kami. Alhamdulillah kenakalan & keaktifan Aqil masih dapat dikawal dan tidak mengganggu ibadah kami

Sejak kembali ke Malaysia, Aqil selalu ckp..Aqil nak pergi Mekah. Nak tengok Kaabah :-)


No comments:

Nuffnang Ads

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...