Nuffnang Ads

Tuesday 28 February 2012

Cousin Wedding : Denna & Juares

25-February-2012 @ 10.15am ~,  Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz , Shah Alam

Alhamdulillah....dgn sekali lafaz(2x trial..ehehe) sahlah sepupuku 
NorDiana Dato' Kapt. Hj Ahmad menjadi isteri kepada Juares Rizal.

Dah lama tul xde event wedding family since last wedding semuanya adik-beradik ako berturut-turut.hehe
She's soo sweet in peach!

Ako terima nikahnya......
 
Pengantin dgn ibu bapa, nenek & adik pengantin perempuan

 25-February-2012 @ 8.30pm ~ Dewan Sri Endon, Putrajaya (Puspanitapuri )

Malam tu juga berlangsungnya majlis persandingan pengantin di putrajaya.
Decoration by Lagenda Bridal.
Lawa, smart & simple...x nampak crowded....nice! Good Job!

Menu malam tu pn best bangat!
Sedap jek bantai tapai aiskrim sampai 2 mangkuk..lupa plak ngn si kecik dlm perut.hehe
Alhamdullilah..semua berjalan lancar & meriah!





ohh...aunties & ibuku...penyambut tetamu yg gigih. sempat posing.hehe

here comes the bride & groom


kami pn nk posing gk kn.hehe

us with the gorgeous couple..aqil suka wt muka cmtu.huhu. 
  
our family...it's black & white theme :-)

Ayah & Ibu ku sempat posing kt entrance.heheh


Friday 17 February 2012

Melembutkan Hati Anak

Sesungguhnya baru aku perasan yang anak bujang sorg ni agak keras hati
Nampak cam cool..relax jek
tapi kalo dia memang tak leh terima apa yang kita suruh..memang keras tul hati dia

puncanya semalam menda alah ni la
disebabkan excited baru beli flashing ear pick utk aqil,  ako pn sibuk la nk korek telinga dia.
ms suluh mmg nampak la ada seketul cm keras jek.hehehe
tp dia punya takut.......nangis sampai mengigil2.....
mmg dia takut giler2 la nk korek telinga. adoii...hai!
sebab dia tak nak korek telinga, ako pn ckp kt dia......mama pn xnk bg aqil main game
sepanjang mlm...dh settle homework sume....dia tak mintak pn game
dia relax jek main puzzle sume. ako saja pancing dia..main ipad sebelah dia...dia dok tepi nengok jek. siap tanya mama main apa tu. tp memang x mintak la
nak tido dia ckp gk nk main game...ako cakap x leh selagi x korek telinga.
pastu dia ckp tak nak.....terus minum susu n baring
oooo..kerasnya hati mu anak ku oii!

tu yg pagi ni terus tergerak mencari info utk lembutkn hati anak.hehe
google nye google jumpa few links yg include doa amalan.
insyallah boleh la cuba diamalkan.
mudah-mudahan lembut la skit hati anak bujang tu.



Ayatnya berbunyi : Alla hu latifum bi'ibadihi, yar zuqumay..ya sha... wahuwal qa wi yul aziz.

Tafsirnya: “Allah maha lembut tadbirNya (serta melimpah-limpah kebaikan dan belas kasihanNya) kepada hamba-hambaNya; Ia memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan yang telah ditetapkan), dan Dialah yang maha kuat, lagi maha kuasa.”

Untuk membantu anak mudah belajar dan menelaah pelajaran, baca zikir Ya-Latif sebanyak 129 kali diikuti ayat 19, surah as-Syura bermaksud: “Allah Maha Lembut kepada hamba-Nya; Dia memberi rezeki kepada sesiapa yang Dia kehendaki, dan Dialah Yang Maha Kuat, lagi Maha Kuasa.”
Sebaiknya dibaca selepas Subuh iaitu dibaca pada pada air pada semua botol air untuk minuman dan masakan seisi keluarga.

Ketika memasak, sentiasa basahkan lidah dan bacakan doa ayat 200, surah Ali Imran bermaksud: “Wahai orang yang beriman! Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaran kamu, dan bersedialah serta bertakwalah kepada Allah supaya kamu berjaya.”

Diikuti pula dengan memperbanyakkan zikir 'Ya Hayyu, Ya Quyyum, Ya Latiff dan Ya Rahman’ berulang-ulang. Semua ini insya-Allah adalah doa pelembut hati.

Begitu juga, Surah Toha ayat 1-8, surah ar-Rahman ayat 1-4 dan surah al-Insyirah dibaca dalam kegiatan lain seperti ketika menemani anak menelaah buku dan membaca al-Quran.

Bagi ibu yang bercita-cita mendapat zuriat yang baik, elok amalkan ayat 38, Surah Ali-Imran iaitu doa Nabi Zakaria bermaksud: “Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhan-Nya, katanya: Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan. ”

Kita juga digalakkan menyentuh dengan lembut ubun-ubun anak dengan tangan kanan sambil berdoa dan menyatakan harapan. Amalkan apabila anak ada masalah emosi atau tingkah laku.

Selepas solat lima waktu,amalkan doa daripada ayat 74, Surah al-Furqan bermaksud: “Dan juga mereka yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh daripada isteri-isteri dan zuriat keturunan kami perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang yang (mahu) bertakwa.”

Ayat 40, Surah Ibrahim bermaksud: “Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang, dan zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doaku.”

Jadikanlah doa cara berkesan membentuk peribadi anak-anak.
Doa itu senjata mukmin.

Wednesday 1 February 2012

It's Our 4th Anniversary!!!

Happy Anniversary to us :-)
Mariam & Hamizar
1st February 2008 ~ 1st February 2012

Ya Allah,
Kekalkan la perkahwinan kami ini dunia akhirat
Kurniakan la limpahan keberkatanmu bagi kami mengharungi saat suka & duka
Permudahkan la segala urusan kami sekeluarga
Berkatilah rezeki kami
Kurniakan la kami anak-anak yg soleh & solehah

Amin Ya Rabbal Al-Amin

we meet in 2002...officially declare on 30-July-2002 :-)

engagement days 02-09-2006

after 6yrs knowing each others & 1 1/2 years engagement....our solemnization 01-02-2008

malam berinai

wedding day 02-02-2008

and our little precious munckins hero complete our 2008 celebration

deliver on 21-Oct-2008, 8.21pm......2 weeks earlier than EDD
Muhammad Aqil Mirza B. Mohd Hamizar

Nuffnang Ads

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...